Bilangan Pengunjung:

Wednesday, April 23, 2008

PAS tidak perlu tunduk pada DAP berkenaan Isu Negara Islam

Penulis merasa terpanggil untuk memberikan pandangan penulis kepada PAS supaya jangan tunduk pada desakan DAP untuk mengugurkan perjuangan Negara Islam yang telah diperjuangkan begitu lama di Malaysia ini.

Idea penubuhan Negara Islam ini adalah idea yang baik, tetapi tak kan PAS nak biarkan perjuangan ke arah penubuhan Negara Islam yang sudah bertahun-tahun itu kerana si kafir harbi DAP?

Mengapa pula PAS perlu menjadi kuda tungangan DAP demi menjaga hubungan baik Pakatan Rakyat? Perjuangan adalah perjuangan, Kalau DAP mendesak PAS gugur Negara Islam adalah lebih baik PAS juga mendesak DAP mengugurkan Gagasan Malaysia Malaysia yang menjadi tunjang perjuangan mereka sejak dari dulu lagi. Adakah PAS patut patuh dan tunduk kepada DAP yang sudah mula menunjukkan 'taringnya' sebagai Kafir Harbi.

Adakah PAS sanggup mengetepikan perjuangan Negara Islam hanya kerana menjaga kepentingan Politik, Ingatlah di dunia ini sebagai Ahli Politik, Rakyat sentiasa menghakimi kita. Kalau di dalam konsep perniagaan kita mengguna pakai "Pelanggan sentiasa betul" di dalam politik juga kita menggunakan konsep yang hampir sama iaitu "Rakyat Sentiasa Betul".

Di manakah maruah perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam, Menukar undang-undang Toghot itu? Adakah demi menjaga kuasa sanggup kita PAS gadaikan semua ini, sampai bila PAS perlu menghormati perjuangan DAP sedangkan DAP terang-terang tidak menghormati perjuangan PAS. Adakah PAS sanggup gadaikan ISLAM demi DAP? Padahal pada masa yang sama 'kita melabel' orang-orang ISLAM yang melawan PAS adalah orang yang lawan ISLAM tetapi apabila kafir harbi ini melawan ISLAM PAS tak labelkan sedemikian rupa.

Penulis berharap virus Flip-Flop tidak berjangkit kepada kepimpinan PAS kerana perjuangan PAS adalah perjuangan ISLAM. Jangan nanti PAS tunduk dengan bermacam-macam lagi desakan DAP, jangan sampai DAP minta Azan Subuh supaya tidak didendangkan lagi juga diterima oleh PAS.

Penulis berharap agar PAS menerima nasihat penulis ini dengan hati yang terbuka. Ingatlah Keikhlasan di dalam perjuangan merupakan faktor penting kejayaan PAS sebagai parti politik yang bertunjangkan ISLAM.

Artikel DAP DESAK PAS GUGUR NEGARA ISLAM

No comments:

Blog Widget by LinkWithin