Takkan Melayu Hilang di dunia itulah kata-kata keramat yang keluar daripada mulut seorang Pahlawan Melayu gagah bistari iaitu Hang Tuah yang merupakan pahlawan hebat di zaman empayar Melayu Melaka suatu ketika dahulu yang berlaku di tanah langit yang kita junjung ini.
Kebelakangan ini sering kendengaran 'suara-suara' ini untuk 'menegakkan benang yang basah' kononya jangan bimbang Melayu tak akan hilang seperti mana kata Hang Tuah ini. Kita perlu ingat Hang Tuah mengeluarkan kata-kata itu sudah berkurun lama, pendek kata kalau batu di tengah-tengah air terjun pada waktu itu, dan waktu sekarang batu itu sudah tiada lagi.
Dilema Melayu adalah sama dari dulu sampai sekarang, sentiasa berfikiran esok masih ada tanpa memikirkan esok milik siapa. Kalau dulu kejatuhan Empayar Melaka adalah kerana hasad dengki dan dendam tetapi ia cepat dilupakan Melayu benarlah kata-kata Tun Dr. Mahathir Melayu Mudah Lupa!
Cuba kita tengok apa sudah jadi dengan Afghanistan semuanya kerana persengketaan sesama sendiri dan sesama Islam, hari ini rakyat Afghanistan menjadi 'pariah' di negara sendiri. Tidakah kita mahu menjadikanya pedoman atau iktibar?
Cuba kita tengok beberapa tragedi yang 'menghantui' umat Islam yang berada di negara Jiran kita yakni Indonesia? Mereka dipancung, disiksa seolah-olah 'binatang' oleh bangsa bernama Yahudi? Adakah kita mahu kehidupan kita sama seperti itu, Adakah kita tidak mahu 'bersyukur' dengan apa yang kita ada sekarang? Jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawap oleh anda sendiri! Tepuk Dada tanya Iman.
Berbalik kita kepada persoalan Takkan Melayu Hilang di dunia, adakah anda yakin yang Melayu tidak akan hilang di dunia? Ya memang pada waktu ini Melayu memang tidak hilang, tidak hilang memenuhi tirai-tirai besi yang dulunya dikenali sebagai rumah pasung, menghuni pusat-pusat serenti yang lazimnya untuk memulihkan ketagihan dadah, Melayu juga tidak hilang di pusat-pusat pemulihan akhlak kerana sudah rosak moralnya hilang Roh Islamnya, Roh Melayunya.
Melayu juga tidak akan hilang daripada memenuhi litar-litar lumba haram yang biasanya dipenuhi maksiat pada masa yang sama mendokong fahaman Free Thinker dan juga mengagungkan gerakan reformasi yang diasaskan oleh Kristian suatu ketika dahulu.
Adakah kita tidak sedar golongan kafir harbi secara senyap-senyap telah 'meracun' minda anak-anak kita demi menjadi tuan di negara yang kita bina hampir 50 tahun ini dengan 'titik peluh' dan keringat berdarah akhirnya anak-anak muda kita sudah melupakan Melayu bagi mereka bukanlah Melayu lagi.
Adakah kita sedar suatu ketika dulu kita membesarkan anak muda Melayu kita dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru dan melahirkan banyak cendekiawan baru tetapi akhirnya telah menjadi musuh kita, musoh DEB, musuh Islam, Musuh Melayu seolah-olah perjuangan kita melalui DEB umpama melepaskan anjing tersepit, malah anjing tersebut sudah mencari tuan baru yang langsung berjaya padanya kini menjadi seorang Menteri Besar yang kononya mahu berlaku adil dengan kaum-kaum lain! Adakah dia dah lupa asal usul ataupun dia kini sudah menjadi musuh Melayu dan sangguh bangsanya sendiri.
Melayuku bilakah kamu mahu berubah?
Adakah setelah Nasi menjadi bubur ataupun setelah nasi menjadi basi? Tiada guna, Tiada Makna pada waktu itu Menangis Air Mata Darah sekalipun ia tidak akan dapat mengembalikan zaman kegemilangan bangsa kita. Janganlah nanti sudah terhantuk baru nak tergadah!.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Bersatulah Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu! Takbir....... Allahuakbar!, Takbir......Allahuakbar......Takbir......Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment