Bilangan Pengunjung:

Friday, April 18, 2008

Kenapa Hak Istimewa Melayu Mesti Dikekalkan?


Sejak kebelakangan ini penulis mendengar banyak perkara mengenai Melayu. Semangat Ketuanan Melayu semakin terhakis dek gara-gara Melayu yang tamakkan kuasa. Hari ini kita dengar dan lihat terpampang di dada-dada akhbar tentang isu-isu berkaitan dengan ketuanan Melayu. Bermula dengan Episod Penguguran Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang, diikuti dengan isu BABI di kawasan Melayu di Selangor dan juga titah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Mohd Faris Petra di kalangan peserta Barisan Bertindak Melayu.

Penulis tidak berminat untuk menceritakan lebih lanjut tentang isu-isu yang dinyatakan di atas tadi, tetapi penulis lebih berminat untuk mengetengahkan pendapat Penulis mengenai Hak Istimewa Melayu.

Hak istimewa Melayu yang sudah diguna pakai selama bertahun-tahun dahulu oleh Kerajaan Malaysia. Ramai juga yang berpendapat Malaysia ini 'hak semua kaum' seperti dicanangkan oleh golongan Kafir Harbi yang kini sudah pun memerintah di Pulau Pinang. Namun, penulis berpendapat 'hak istimewa Melayu' harus dikekalkan.

Kenapa Hak Istimewa Melayu harus dikekalkan? Sebelum penulis memberi jawapan kepada persoalan ini izinkan penulis mengetengahkan Perlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan Melayu. Sudah tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia mengenai Melayu, antara ciri Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia ialah Perkara 160(2) yang mengatakan Melayu ialah seorang yang BERAGAMA ISLAM, bertutur dalam Bahasa Melayu, Mengamalkan Adat Istiadat Melayu.

Pada pandangan penulis tujuan Hak Istimewa Melayu yang telah tertulis di dalam kontrak sosial ialah untuk mengelakkan Anak Bangsa Melayu daripada Murtad Islam. Memandangkan sekiranya seseorang Melayu yang keluar daripada Islam maknanya beliau juga bukan Melayu kerana tidak menepati ciri-ciri Melayu yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan malahan dia juga tidak berhak untuk menuntut 'hak istimewa Melayu atau Bumiputera ini'. Jelas sekali mengelakkan Melayu daripada Murtad Islam adalah di antara tujuan Hak Istimewa Melayu.

Jadi pada pandangan Penulis sesiapa sahaja yang menyokong "Penghapusan Hak Istimewa Melayu" adalah sama juga dengan menyokong usaha-usaha memurtadkan Melayu. Kita perlu ingat gerakan memurtadkan Melayu semakin dijalankan dan kalau kita Alpha dan Lalai sanggup menggadai masalah ISLAM dan Melayu demi kepetingan Politik tidak mustahil Negara Kita bukan negara ISLAM lagi.

Dalam masa yang sama penulis ingin menyelitkan sedikit nasihat atau pandangan buat kerajaan Malaysia yang ditunjangi UMNO selaras dengan tiang perjuangan Asal UMNO iaitu Alif yang mewakili Agama yakni Islam, penulis merasakan sudah tiba masanya untuk kita melaksanakan hukum hudud di negara ini bagi mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Hukum Hudud juga boleh mengelakkan Masyarakat Melayu murtad Islam. Kalau tidak boleh dilakukan sepenuhnya lakukan secara berperingkat.

Berbalik semula kepada Hak istimewa Melayu tadi, Melayu pada masa ini masih perlukan 'tongkat' jadi janganlah tarik dulu tongkat sekarang. Kalau ada Melayu yang mengatakan mereka sudah tidak perlukan 'tongkat' ternyatalah mereka menipu diri mereka sendiri. Kenapa penulis berkata begitu? Tidak perlu lah kita memberi jawapan yang panjang lebar cuba kita lihat apabila harga Minyak naik siapa yang 'berleter panjang' tentulah Melayu. "Apabila harga barang naik siapa yang mengeluh panjang? Tentulah Melayu. Jelas sekali Melayu tidak boleh lari dengan mentaliti subsidi dan bermakna Melayu sekarang masih perlukan tongkat.

Disamping mempertahankan hak istimewa Melayu kita juga hendaklah memberi keadilan kepada kaum-kaum lain yang ada di Malaysia tanpa perlu mengorbankan hak istimewa Melayu. Kaum-kaum lain juga harus faham dengan "hak istimewa Melayu' dan janganlah membuat permintaan yang bukan-bukan tertumanya melibatkan ISLAM dan Melayu. Mereka harus juga menghormati kita sekiranya mereka mahu dihormati dan diadili.

Kesimpulan yang penulis ingin buat di sini ialah Hak Istimewa Melayu yang menjadi 'tongkat' pendakian kejayaan di kalangan Melayu tidak harus dihancurkan, dileburkan demi kepentingan politik dan kegilaan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata.

1 comment:

Anonymous said...

Hukum Hudud? Mereng ke? Cuba habaq mai negara islam mana yg maju?Kalu takdak minyak dah lama tumbang!kacau bilau!Sama dia dok gaduh takdak sabaq!Aku ni dok negara arab islam dah lama tok sah dok kata Amerika la kacau depa bagi begaduh..depa sendiri akal pendek,paneh baran,takdak apa yg buleh tiru depa.Mai nak habaq, Hudud tak sesuai, hang gila ka?kejam amat.Buat nya hang potong tangan tp silap tuduhan, tak buleh dah reverse cek oiii!!!! Pastu kalu ada sedara pompuan hang kena rogoi, nak tunggu 4 saksi bodo yg tengok org kena rogoi tapi tak tolong tu betui ka??Pakai akai la sikit.

Blog Widget by LinkWithin