Baru-baru ini Pilihan Raya Umum ke 12 Malaysia yang berlangsung pada 8 Mac 2008 menyaksikan Barisan Nasional dan juga UMNO tewas di beberapa negeri yang menjadi empayar mereka sebelum ini. Negeri-negeri tersebut ialah Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang di samping usaha-usaha keras untuk menawan kubu pembangkang di Kelantan hanya tinggal angan-angan.
Di Kelantan bukan sahaja kita tak mampu menawan Kelantan malah kita juga kehilangan kerusi-kerusi yang menjadi milik kita pada Pilihan Raya Umum Ke 11 pada tahun 2004 yang lepas. Ahli-ahli UMNO sepatunya berfikir kenapa dan mengapa perkara ini terjadi.
Pada pandangan penulis, faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi empayar agung Barisan Nasional adalah berpunca daripada Kepimpinan tertinggi UMNO yang lemah dan dibayangi masalah-masalah yang tidak berjaya diselesaikan malahan ditambah pula dengan label Kerajaan 3B (Kerajaan 3 Beranak).
Di dalam UMNO sendiri sudah musnah demokrasi kerana mengamalkan sistem kuota sebagai syarat untuk bertanding jawatan. Dengan asbab Sistem Kuota ini jugalah kepimpinan tertinggi merasa 'selesa' dan langsung tidak akan merasa bersalah sekiranya membuat kesalahan.
Sistem Kuota membawa kepada Pemimpin yang takut dicabar walaupun mereka pernah berkata "saya pantang dicabar". Berapa lama kah lagi kita ingin mengekalkan sistem yang telah menjahanamkan UMNO ini.
Berapa lamakah lagi kita ingin mempertahankan sistem yang 'kononya' ingin mengelakkan daripada ahli UMNO berpecah sedangkan lebih banyak kontra daripada pro. Sistem ini telah membuatkan pemimpin tertinggi bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan nasib akar umbi. Sedarkah kita walaupun Esok Masih ada tetapi kita belum tahu Esok Milik Siapa.
No comments:
Post a Comment