Pada artikel pada kali ini penulis ingin mengulas sedikit 'lafaz' atau laungan yang menjadi trade mark perjuangan parti-parti politik di Malaysia. Ungkapan yang biasa digunakan oleh parti-parti politik di Malaysia ini sudah menjadi trend di dalam perjuangan parti-parti politik di Malaysia. Misalnya PAS sinonim dengan laungan "Takbir Allahuakbar!" manakala UMNO pula popular dengan laungan "Hidup Melayu" di samping Parti Keadilan Rakyat popular dengan laungan 'Reformasi!".
Takbir (Allahhuakbar!)
Laungan ini popular di kalangan pejuang-pejuang ataupun penyokong-penyokong PAS.
Allahhuakbar bermaksud Allah Maha Besar ialah satu pujian kepada Allah yang merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia. Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk memperingati kekuasaan Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Besar. Jadi pada pandangan penulis tiada salahnya penggunaan takbir di dalam menaikkan semangat perjuangan yang berteraskan Islam. Jadi penggunaan takbir sedikitpun tidak bertentangan dengan Agama Islam.
Hidup Melayu
Laungan ini menjadi trade mark perjuangan UMNO yang juga seringkali digunakan semasa ucapan-ucapan atau ceramah-ceramah UMNO selari dengan tujuan penubuhan UMNO adalah untuk membela Melayu. Melayu dalam konteks Malaysia bermaksud seorang yang beragama Islam, secara tidak langsung perjuangan membela Melayu adalah suatu usaha untuk membela umat Islam. Jadi laungan Hidup Melayu tiada salahnya untuk digunakan oleh bangsa Melayu yang juga beragama Islam.
Reformasi
Laungan ini popular di kalangan pejuang-pejuang Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Muda mudi yang mencari 'landasan untuk berjuang' bagi mereka PKR lah pilihan mereka. Jadi tanpa menyelidiki asal usul perkataan Reformasi mereka suka melaungkan perkataan itu. Reformasi di dalam Bahasa Malaysia bermaksud perubahan manakala Reformation di dalam Bahasa Inggeris pun bermaksud perubahan tetapi sebenarnya perkataan Reformasi atau Reformation ini berasal daripada gerakan pembaharuan Kristian yang diketuai oleh Martin Luther pada tahun 1517 yang bertujuan untuk melakukan pembaharuan ke atas Gereja Kristian katolik.
Di samping itu selepas digunakan semasa Martin Luther Reformasi atau Reformation juga digunakan di England turut dikenali sebagai Political Reformation yang diketuai oleh John Wyclife pada 1535 hingga 1540. Jadi jelas sekali perkataan reformasi berasal daripada kristian dan laungan reformasi adalah sama seperti mengagung-agungkan kristian. Adalah lebih elok kita tidak menyebut laungan reformasi.
Itulah artikel penulis untuk kali ini, semoga menjadi rujukan belia-belia masa kini yang menjadi pewaris perjuangan Agama Islam dan Bangsa Melayu.

No comments:
Post a Comment