Bilangan Pengunjung:

Tuesday, April 22, 2008

DS Najib Bukan Lagi Menjadi Pilihan....

Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah 'di canangkan' sebagai Pengganti DS Abdullah Ahmad Badawi oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, serentak itu ramai juga yang ingin memberikan sokongan kepada beliau sebagai Presiden UMNO yang baru merangkap Perdana Menteri Malaysia. Berita ini pada ketika itu memberi 'nafas' yang baru kepada ahli-ahli UMNO yang mendesak DS Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Namun panas yang dijangka hingga ke petang akhirnya hujan di tengah hari apabila ramai penyokong-penyokong beliau yang mahukan beliau mengambil alih kepimpinan UMNO hari ini sudah mula melahirkan tidak puas hati memandangkan sikap DS Najib yang suka mengambil peranan tunggu dan lihat dalam ertikata lain DS Najib lebih suka menggunakan pendekatan "play safe" membuatkan orang yang menyokong beliau merasa hilang sabar.

Ditambah pula dengan kritikan Tun Dr. Mahathir kepadanya yang mengatakan DS Najib Tun Razak ini seorang yang penakut, tak mahu lawan Presiden bertambahlah lagi marah orang-orang menyokong DS Najib Tun Razak yang pada masa yang sama adalah orang yang mendesak DS Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Tinjauan penulis terhadap sebuah portal yang bernama MYKMU.NET, rata-rata penyokong DS Najib Tun Razak sebelum ini telah beralih arah kepada TS Muhyidin Yassin kerana bagi mereka TS Muhyidin Yassin adalah seorang yang layak memandangkan beliau seorang yang berani bersuara mempersoalkan kedudukan Presiden. Tetapi Muhyidin belum lagi mengesahkan kedudukanya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO yang terang-terang akan bertanding jawatan Presiden UMNO lawan Pak Lah pada masa ini ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Keputusan yang lebih tepat kita tunggu Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Disember ini, di harap yang terbaik berjaya menjadi Presiden UMNO.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin