Sufiah Yusof pada suatu masa dahulu merupakan kanak-kanak genius dan boleh dikatakan pakar Matematik, namun pada hari ini dia telah berubah dengan mendadak apabila ia dikatakan seronok melayan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan seks. Sejak akhir-akhir ini penulis mendapati terdapat usaha-usaha untuk membawa balik Sufiah Yusof ke Malaysia.
Pada pandangan penulis usaha-usaha tersebut tidak wajar dilakukan memandangkan beliau pun sudah menjadi warga negara Britain, Suffiah Salleh juga yang merupakan bekas pelajar Universiti Oxford London, sama universiti dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin walaupun bukan satu 'pengambilan' dengan Sufiah Salleh tetapi mereka mendapat ilmu di universiti yang sama.
Teringat juga penulis dengan kata-kata YBM Tengku Razaleigh Hamzah semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa UMNO Bahagian Gua Musang "Orang lepasan Oxford tu patut dibuang daripada menjadi pemimpin kerana beliau tidak mempunyai roh-roh melayunya, roh-roh Islamnya" Jadi Allah maha adil dengan adanya isu Sufiah Yusof ini bermakna kata-kata YBM Tengku Razaleigh Hamzah itu ada kebenaranya.
Mengenai Sufiah Yusof pula, Kerajaan perlu mengkaji dulu Perlembagaan tentang Melayu dan syarat-syarat Melayu sebelum membawa Sufiah Yusof balik ke Malaysia. Menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia, Melayu hendaklah menepati ciri-ciri berikut:
- Seorang yang beragama Islam
- Bertutur Bahasa Melayu
- Mengamalkan Adat Istiadat Melayu
Jadi Kerajaan perlu mengkaji perkara di atas terlebih dahulu, Pertamanya adakah Sufiah Yusof Ini masih Beragama Islam dan adakah beliau masih mengamalkan ajaranya. Keduanya, adakah Sufiah Yusof masih bertutur di dalam Bahasa Melayu? dan ketiganya Adakah Sufiah masih mengamalkan adat istiadat Melayu.
Sekiranya Ciri-ciri yang disebutkan di atas tidak berada pada Sufiah makanya Kemelayuan Sufiah juga wajar dicurigai dan diragui. Kerajaan perlu membuat kajian yang mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.
Sekiranya Ciri-ciri yang disebutkan di atas tidak berada pada Sufiah makanya Kemelayuan Sufiah juga wajar dicurigai dan diragui. Kerajaan perlu membuat kajian yang mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.
No comments:
Post a Comment