Bilangan Pengunjung:

Sunday, April 13, 2008

Adakah Ahmad Said bakal menerima nasib yang sama dengan Pak Lah?


Ahmad Said merupakan Menteri Besar baru Terengganu. Seperti biasalah 'orang baru' sentiasa di bandingkan dengan yang lama. Sebagai contoh Perdana Menteri kita sekarang DS Abdullah Ahmad Badawi sering dibandingkan dengan era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Silap besar bagi DS Abdullah kerana menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir.

Pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini harga minyak zaman DS Abdullah telah dibandingkan dengan harga minyak zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Memang harga minyak kedua zaman itu harganya "jauh panggang daripada api".

Jadi tidak mustahilah sekiranya era Ahmad Said menjadi Menteri Besar, Terengganu akan dibandingkan dengan era DS Idris Jusoh dahulu. Malahan waktu DS Idris Jusoh dahulu rakyat Terengganu pun membandingkan beliau dengan era Wan Mokhtar menjadi Menteri Besar terdahulu, cuma DS Idris Jusoh ini berbeza sedikit kerana ramai juga yang menyatakan beliau lebih bagus berbanding Wan Mokhtar. Memandangkan pada Zaman Wan Mokhtar dahulu pembangunan hanya tertumpu di daerah Kemaman hinggakan kemaman lebih maju daripada Kuala Terengganu.

Itu adalah coretan kisah dahulu, sekarang kita cuba mengamati pula bagaiman corak dan pentadbiran yang dibuat oleh kerajaan Terengganu era Ahmad Said. Bagi Penulis, beliau sepatunya membuat lebih hebat lagi daripada apa yang dibuat oleh DS Idris Jusoh dahulu bagi membuktikan beliau juga merupakan pemimpin yang hebat bahkan lebih hebat daripada DS Idris Jusoh. Jangan jadi macam DS Abdullah Ahmad Badawi yang kini di lihat sebagai pemimpin yang lemah.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin