Bilangan Pengunjung:

Saturday, April 12, 2008

Apa yang tersirat di sebalik sokongan Padu Kepada DS Abdullah di Johor?


Sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh UMNO Johor di dalam perjumpaan DSAAB dengan Badan Perhubungan UMNO johor kelmarin. Namun adakah 'serius' sokongan tersebut ataupun sekadar untuk 'menghormati' Presiden dan akan menterjemahkanya pada pemilihan parti yang akan berlangsung padu hujung tahun ini.

Jika mereka betul-betul serius, Alhamdulillah lah Pak Lah mampu berlapang dada nak menarik nafas lega. Tetapi jika membuat keputusan hanya kerana ingin menghormati Pak Lah selaku Presiden UMNO sekarang ini ternyata Pak Lah akan merasa tergugat, maklum sahajalah penghujung tahun ini bukanya lama sangat, pejam celik pejam celik dah pun sampai ke hujung tahun.

Apa-apa pun Penulis menghormati keputusan yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Johor kerana mungkin pendirian mereka mempunyai sebab-sebab tertentu dan juga bagi mengelakkan kejatuhan UMNO pada pandangan mereka lah. Johor merupakan kubu kuat UMNO jadi mungkin pandangan mereka berbeza dengan ahli-ahli UMNO negeri-negeri lain.

Di kesempatan ini penulis ingin meluahkan rasa tidak setuju dengan pandangan yang diberikan oleh Mohd Sayuti Omar di dalam blognya MSO Melayu yang memperkatakan keagungan duniawi dipertahankan oleh Melayu Johor, apa maksud MSO yang menggunakan ayat ini seolah-seolah ingin menjatuhkan air muka Melayu Johor dan sekaligus menjatuhkan maruah orang Melayu Johor? Mungkin MSO ada maksud tersendiri tetapi penulis bersetuju dengan ayat yang digunakan olehnya di dalam blog milik beliau.



No comments:

Blog Widget by LinkWithin