Bilangan Pengunjung:

Sunday, April 13, 2008

Adakah Idris Jusoh akan turut jadi Blogger?


Semenjak akhir-akhir ini sudah semakin ramai pembesar-pembesar dan juga wakil rakyat BN sudah menjadi blogger. Antara yang sudah menjadi blogger ialah Mantan Menteri Besar Selangor YB Dr. Khir Toyo, Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Wira Mohd Ali Rustam dan baru-baru ini Mantan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim juga meluahkan hasrat untuk menjadi blogger walaupun sampai sekarang kita masih ternanti-nanti kehadiran blog Mantan Menteri Besar Perlis itu tetapi mungkin satu hari nanti blog tersebut akan hadir ke dunia tanpa sempadan dan sekatan 'blogger' ini.

Kita masih belum mendapat respons atau luahan hasrat daripada Mantan Menteri Besar Terengganu YB Datuk Seri Idris Jusoh yang sekarang ini merupakan ADUN biasa Jerteh, adakah beliau berhasrat untuk menjadi 'blogger' seperti yang dilakukan oleh Dr. Khir Toyo dan Mohd Ali Rustam?

Penulis tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan tersebut sekarang, memandangkan adalah lebih elok DS Idris Jusoh sendiri memberikan jawapan kepada persoalan tersebut. Namun, penulis ingin mencadangkan supaya DS Idris jusoh turut menjadi 'blogger' bagi menjawab isu-isu yang timbul semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu dan juga memberi idea-idea untuk membangunkan Terengganu di dalam blog beliau nanti.

Di samping itu, beliau juga boleh merapatkan lagi hubungan beliau dengan rakyat Terengganu dan mengambil kira permasalahan rakyat dan juga mendengar 'rintihan' rakyat semasa era Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu. Belia juga boleh 'mengkritik' pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang sepertimana yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad kepada DS Abdullah Ahmad Badawi pada masa ini menggunakan platform blog beliau. Penulis hanyalah memberi cadangan kepada beliau terpulanglah untuk beliau menerima atau tidak.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin