Bilangan Pengunjung:

Friday, April 25, 2008

Debaran Menanti Detik 8.30 Malam 25 April 2008

Semalam selepas penulis membuat pengumuman Majlis Amanat Penting YBM Tengku Razaleigh Hamzah di blog penulis dan juga beberapa laman web forum yang lain, entah kenapa tiba-tiba ada orang membalas forum pengumuman Amanat Penting YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan berkata-kata yang beliau menerima SMS yang mengatakan Ku Li akan keluar UMNO dan masuk Pakatan Rakyat tetapi tidak pula dapat dipastikan adakah pengirim balas forum itu adalah langau-langau PR yang menyibuk di forum MYKMU.NET ataupun najis-najis Khairy Jamaluddin punya kerja untuk mengagalkan Amanat Penting YBM Tengku Razaleigh.

Jauh di sudut hati penulis masih merasakan yang YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan meninggalkan UMNO yang sedang terkapai-kapai kelemasan ini kerana dia lah antara Pemimpin UMNO legasi Tun Abdul Razak yang masih kekal di dalam UMNO, tetapi sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan ada juga terdetik di hati penulis debaran kecil kadang-kadang kencang memikirkan apa akan terjadi pada detik 8.30 Malam 25 April 2008 di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan itu.

Penulis sendiri tidak dapat tidur, selepas solat Subuh sebentar tadi sempat juga penulis berdoa agar YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak meninggalkan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan ini diikuti dengan Solat Sunat Hajat memohon ke hadrat Allah s.w.t agar YBM Tengku Razaleigh tidak meninggalkan UMNO.

Sesungguhnya penulis merasa tidak sabar untuk menantikan detik 8.30 Malam ini untuk menyaksikan adakah spekulasi yang di bawa oleh langau-langau pembangkang ataupun najis-najis Khairy Jamaluddin itu hanyalah spekulasi untuk mengagalkan Majlis Amanat Penting YBM Tengku Razaleigh Hamzah itu?

Apa yang pasti kita lihat sahaja jawapanya pada malam ini, itulah lebih baik daripada kita membuat sebarang spekulasi. Apa yang penting, penulis akan cuba usahakan untuk memuat naik rakaman video ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah ke laman web video atas talian milik Google Inc. iaitu Youtube.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar YBM Tengku Razaleigh Hamzah terus kekal bersama UMNO.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin