Bilangan Pengunjung:

Friday, April 11, 2008

Cadangan Penubuhan Gabungan Siswa IPTS Malaysia (GASIM)

Bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada siswa-siswa yang menlanjutkan Pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang didapati lebih tersisih daripada siswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) penulis bercadang untuk menubuhkan satu pakatan siswa khas untuk membela nasib-nasib siswa IPTS di Malaysia yang akan diberi nama Gabungan Siswa IPTS Malaysia atau ringkasnya GASIM.

Objektif Penubuhan GASIM
Memberi keadilan yang sewajarnya kepada siswa IPTS
Menyelesaikan isu-isu berkaitan berkaitan siswa IPTS dengan pihak pengurusan IPTS.
Membantu Meringankan Beban Siswa IPTS yang berasal daripada keluarga miskin dan sederhana
Membantu siswa IPTS mendapatkan kerja
Menyatukan semua siswa IPTS seluruh Malaysia.

Kumpulan Sasar GASIM
Siswa yang masih belajar di IPTS
Siswa IPTS yang sudah menamatkan pelajaran di IPTS dan belum mendapat kerja
Siswa IPTS yang sudah menamatkan pelajaran di IPTS dan sudah bekerja

Cadangan Struktur Organisasi GASIM

GASIM Peringkat Pusat

Penaung
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden (I)
Naib Presiden (II)
Naib Presiden (III)
Setiausaha Agung
Bendahari Kehormat
Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Siswa IPTS
Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Graduan IPTS Mengangur
Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Siswa IPTS
Ahli Majlis Tertinggi Kemajuan Siswa IPTS
Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Penerangan Siswa IPTS
Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kebajikan & Wanita Siswa IPTS & Masyarakat
Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kebudayaan, Kesenian & Warisan siswa IPTS

GASIM peringkat Negeri:
Pengerusi Badan Perwakilan GASIM negeri
Timbalan Pengerusi Badan Perwakilan GASIM negeri
Bendahari Badan Perwakilan GASIM negeri
Setiausaha Badan Perwakilan GASIM negeri
7 Exco & Timbalan Exco Badan Perwakilan GASIM negeri

GASIM peringkat IPTS
Pengerusi Badan Perhubungan GASIM
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan GASIM
Setiausaha Badan Perhubungan GASIM
Bendahari Badan Perhubungan GASIM
7 Exco & Timbalan Exco Badan Perhubungan GASIM

Bagi merealisasikan penubuhan GASIM siswa-siswa IPTS seluruh negara diminta meninggalkan nama, alamat dan no telefon untuk dihubungi di ruangan komen di bawah ini atau email butir-butir berikut kepada yiemega@gmail.com. Satu Mesyuarat akan diadakan setelah mendapat respons yang positif daripada siswa seluruh IPTS seluruh Malaysia.

Nota: Bagi jawatan Penaung Ianya dibuat berdasarkan perlantikan dan jawatan selain daripada itu akan dibuat secara pemilihan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin