Penulis ingin memberi sedikit nasihat kepada Kerajaan Barisan Nasional yang kini memerintah Malaysia. Nampaknya isu pembangkang yang memberi sokongan kepada Calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat sudah menjadikan Barisan Nasional merasa selesa dengan membuat ramalan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan oleh pembangkang akan juga ditolak oleh Pembangkang.
Ya memang benar pada masa ini yang tersuratnya mereka memberi sokongan kepada calon daripada Kerajaan, namun sebagai ahli politik mereka juga perlu juga mengetahui apa yang tersirat di sebalik sokongan itu, maaf cakap bukanlah penulis ingin berprasangka buruk tetapi penulis ingin memberi amaran awal kepada Kerajaan Barisan Nasional agar mereka tidak akan menjadi "Sudah terhantuk baru nak tergadah" seperti mana yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 12 yang lalu.
Peranan Psikologi
Psikologi adalah salah satu senjata senyap yang boleh menguasai dan mempengaruhi permikiran seseorang, sepatunya ahli Parlimen yang juga bergelar Ahli Politik daripada Barisan Nasional perlu tahu tentang penggunaan senjata senyap psikologi ini di dalam dunia politik. Psikologi juga memberi impak yang mendalam ke atas dunia politik. Ahli Politik juga perlu tahu apa itu ahli politik yang berkata "Never say die" di dalam perjuangan mereka.
Memandangkan mempunyai sedikit kepakaran berkenaan psikologi penulis ingin mencurahkan kepakaran penulis yang sedikit ini untuk kegunaan Barisan Nasional agar mereka sedar daripada terus di ulik lena mimpi-mimpi indah yang mengatakan pembangkang tidak akan bersetuju dengan undi tidak percaya yang akan di bawa oleh pembangkang. "To be a politician you must be aware about something that can make you happy but in other it will make you cry" yang bermaksud "Untuk menjadi ahli politik anda mesti bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tersuratnya memberikan kamu kegembiraan walhal tersiratnya membuatkan kamu menangis.
Penulis ingin memberi contoh yang berlaku semasa kempen Pilihan Raya Umum baru-baru ini di mana strategi Psikologi telah digunakan oleh parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat dan strategi itu telah berjaya membuatkan pekerja-pekerja Barisan Nasional lena di ulik mimpi indah. Pertama sekali adakah kita lupa dengan kata-kata Lim Guan Eng yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengambarkan DAP ini hanyalah semut manakala BN ini adalah Gajah telah disambut dengan hilai tawa keriangan oleh Penyokong-penyokong BN yang menyangka mereka akan terus mengekalkan majoriti 2/3 yang dimenanginya dengan selesa sewaktu Pilihan Raya Umum 11 pada tahun 2004 akhirnya ramalan mereka meleset apabila Majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen gagal dikekalkan dan ditambah pula kegagalan Barisan Nasional mempertahankan Pulau Pinang. Ini membuktikan mereka pandai menggunakan 'senjata senyap' yang akan membunuh musuh tanpa disedari itu.
Kedua pula ialah bagaimana pula dengan apa yang berlaku di Kelantan di dalam kempen yang begitu hebat yang dijalankan oleh Barisan Nasional untuk mencapai misinya untuk menawan Kelantan yang pada mulanya hebat tetapi selepas YB Hussam Musa daripada PAS mengeluarkan kenyataan BN Kelantan ini hebat staminanya dan kami akui kekuatanya yang juga di sambut dengan hilai tawa gembira penyokong-penyokong BN di Kelantan sehingga mengabaikan kempenya. Di dalam kes ini Hussam Musa telah menggunakan kaedah Perang Psikologi yang berkonsepkan serampang dua mata, pertama sekali untuk memperlahankan kempen-kempen Barisan Nasional di Kelantan dan yang keduanya untuk memberi 'amaran' kepada semua penyokong-penyokong PAS yang berasal dari Kelantan yang berada di seluruh negara untuk balik dan memangkah Bulan dan juga Mata.
Ketiga pula Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggunakan strategi yang sama iaitu pendekatan psikologi. Cuba bayangkan bagaimana parti yang dilanda perpecahan ini berjaya mengelirukan penyokong-penyokong Barisan Nasional dengan perpecahan yang mungkin sengaja dibuat-buat agar Barisan Nasional terus alpa dan leka dengan mimpi-mimpi indah akhirnya pada waktu dan ketika Pilihan Raya Umum 12 berlangsung menyaksikan gabungan yang menamakan gagasan mereka Sebagai Barisan Alternatif pada mulanya dan sekarang adalah Pakatan Rakyat telah mencapai satu kemenangan moral walaupun mereka tidak mampu membentuk Kerajaan Persekutuan dengan menambah bilangan-bilangan kerusi di parlimen yang diwakili oleh mereka.
Mahukah Kita Ditembak oleh Peluru Yang Sama Lagi?
Kerajaan Barisan Nasional harus sedar dengan perkara ini kerana sekiranya selagi BN terus tidur dan lena dibuai mimpi sokongan yang 'kononya' tidak berbelah bahagi kepada kerajaan boleh bertukar kepada mimpi yang buruk bahkan dapat mencatatkan sejarah di dalam catatan sejarah Pilihan Raya Malaysia Kerajaan bertukar tanpa memerlukan pilihan raya. Oleh itu, janganlah biarkan kita ditembak peluru yang sama lagi.
Sedarlah Psikologi adalah senjata senyap yang paling berbahaya lebih-lebih lagi di dalam dunia politik yang penuh kepura-puraan ini. Penulis sendiri sudah masak dengan strategi psikologi yang di amalkan oleh pembangkang ini kerana seperti kata pepatah "Alah bisa Tegal Biasa". BN juga perlu renungkan ada satu pepatah orang Kelantan yang berbunyi "Arap-Arap tertiarap" yang maksud sekiranya kita menaruh harapan yang besar atas sesuatu pasti kita tidak dapat harapan yang besar itu. Jadi Fikir-fikirkanlah sebelum nasi menjadi bubur.

No comments:
Post a Comment