Bilangan Pengunjung:

Tuesday, April 15, 2008

Orang Besut Mahu Calon Idris Jusoh Naib Presiden bukan Timbalan Presiden


Pada artikel penulis yang lepas Penulis mendedahkan bahawa ahli UMNO Bahagian Besut mahu calonkan Idris Jusoh sebagai Timbalan Presiden UMNO berpandukan sms yang diterima oleh penulis daripada rakan penulis yang kini berada di Besut, Terengganu.

Pada pagi ini penulis menerima satu lagi SMS daripada rakan penulis tersebut. SMS tersebut mengatakan "Aku mohon maaf, ahli UMNO Bahagian Besut mahu calon Idris Jusoh untuk bertanding jawatan naib presiden bukan Timbalan Presiden".

Menurut pengirim SMS tersebut mengatakan yang beliau tersilap hantar SMS tersebut kerana memandangkan beliau 'orang baru' dalam UMNO jadi tidak berapa faham lagi tentang jawatan-jawatan di dalam UMNO belia juga berkata yang beliau ingatkan Naib Presiden dengan Timbalan Presiden itu adalah jawatan yang sama.

Beliau juga ingin memohon maaf kepada semua yang dah mendengar dan membaca artikel yang ditulis oleh penulis sebelum ini berkenaan dengan artikel tersebut.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin