Bilangan Pengunjung:

Sunday, April 13, 2008

Adakah Idris Jusoh akan terus menyokong Pak Lah?

Kini DS Idris Jusoh sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar Terengganu walaupun beliau masih memegang jawatan sebagai Pengerusi BN Terengganu. Beliau kini hanya bertugas sebagai wakil rakyat biasa yang bertekad ingin menumpukan di dalam usaha-usaha membangunkan kawasan yang diwakilinya iaitu Jertih. Sudah lama juga tak dengar kabar berita mengenai beliau maklumlah dulu pemberi arahan sekarang ni penerima arahan.

Setelah satu peristiwa hitam yang berlaku ke atasnya apabila beliau gagal dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua adakah beliau masih menyokong dan taat setia kepada kepimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang ini atau sudah tidak mahu menyokong lagi? Jawapan bagi persoalan tersebut hanya mampu dijawab oleh beliau sendiri penulis tidak mahu membuat spekulasi.

Apa yang ingin penulis ingin khabarkan di sini ialah berkenaan ada sebahagian ahli UMNO bahagian Besut yang membuat cadangan supaya beliau tidak lagi menyokong DS Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO kerana jelas sekali DS Abdullah telah memalukan beliau dan juga ahli-ahli UMNO Besut. Ada juga "cakap-cakap" ada di antara ahli UMNO Bahagian Besut mencadangkan agar beliau menyokong YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden baru UMNO. Namun terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan kerana bulan Disember lambat lagi.

Penulis ingin nasihatkan di sini agar ahli-ahli UMNO Bahagian Besut, bersabar dan tunggulah sehingga hari penentuan kelak dan kita ikutilah apa keputusanya.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin