Bilangan Pengunjung:

Sunday, April 13, 2008

Beza Antara Dua!!



Beza antara dua, itulah tajuk bagi penulisan yang penulis ingin bawa kepada semua Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli UMNO seluruh negara. Mari kita fikir sejenak perbandingan di antara dua ini.

Beza antara dua di sini bermaksud beza di antara dua Wakil Rakyat, satu wakil rakyat biasa dan juga ahli UMNO biasa dan satu lagi pula Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO.

Tujuan penulis membawakan kisah beza antara dua ini untuk memudahkan ketua-ketua Bahagian dan ahli-ahli UMNO seluruh negara membuat keputusan terbaik di dalam memilih Presiden dan juga bakal Perdana Menteri Baru.

Pertama sekali adalah lebih elok kita mulakan dengan 'orang berjawatan tinggi' terlebih dahulu. Orang yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang merupakan Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia pada ketika ini. Setelah satu penggal memimpin UMNO dan juga Malaysia, sudah kelihatan begitu jelas sekali kelemahan pentadbiran Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Bermacam-macam isu timbul semasa era pemerintahan beliau walaupun baru satu penggal memegang tampuk pemerintahan negara. Kegagalan DS Abdullah menyelesaikan isu-isu yang melibatkan negara dan juga UMNO membuatkan rakyat mengundi pembangkang dan juga ada yang merosakkan undi.
Kesanya BN kehilangan empat empayarnya di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang selain gagal di dalam misinya menawan Kelantan. Kaum-kaum lain juga dikatakan tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran DS Abdullah Ahmad Badawi membuatkan banyak juga kawasan yang menjadi kubu kuat BN daripada parti komponen lain dan boleh dikatakan merosot dengan sebegitu teruk sekali.

Jadi setelah penulis menerangkan kisah orang 'berjawatan tinggi', penulis ingin menceritakan berkenaan seorang 'ahli parlimen dan ahli UMNO biasa' iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali dengan nama Ku Li. Ku Li ini seorang putera raja berjiwa rakyat dan banyak membantu rakyat di kawasanya malahan di sekitar Kota Bharu. Ku Li memang terkenal dengan ketegasan beliau dan mempunyai tahap intergriti yang tinggi. Boleh dikatakan beliau sekarang adalah Negarawan Melayu Era Tun Razak yang masih tinggal. Walaupun dulu beliau merupakan Presiden S46 tetapi atas asar semangat ingin menyepadukan Melayu di tanah air tercinta ini, beliau sanggup bubarkan S46 dan sertai UMNO. Semenjak memasuki UMNO beliau dilayan saling tak tumpah seperti Askar Gurkha. Sepatunya Ahli-Ahli UMNO seluruh Malaysia memberi dia peluang untuk berkhidmat dan berbakti kepada UMNO seterusnya negara Malaysia tercinta.

Penulis merasakan pada saat-saat ini kita memang perlukan pemimpin seperti YBM Tengku Razaleigh Hamzah ini, bagi memulihkan sokongan rakyat kepada UMNO dan juga BN, untuk pengetahuan semua YBM Tengku Razaleigh Hamzah ini mempunyai kepakaran di dalam bidang ekonomi, idea-idea daripada beliau memang amat diperlukan tetapi idea-idea tak akan ke mana sekiranya ahli-ahli UMNO seluruh negara tidak mertejemahkanya dengan memilih beliau sebagai Presiden UMNO pada pemilihan akan datang. Bagi menjamin pemulihan Ekonomi Malaysia yang semakin teruk ini penulis percaya YBM Tengku Razaleigh adalah orang yang terbaik untuk memberi khidmatnya dan mencurahkan idea-ideanya.

Perlu diingatkan, idea-idea beliau yang 'bernas' mungkin akan di tong sampahkan sekiranya beliau seorang ahli biasa dan tidak berjawatan jadi bagi membenarkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah mencurahkan baktinya dan ideanya kepada negara dan UMNO pilihlah YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin