Khairy Jamaluddin seorang muda profesional yang kini memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang merupakan sayap UMNO itu, beliau juga kini bergelar Yang Berhormat kerana sudah memenangi kerusi parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini dan juga merangkap menantu kepada Perdana Menteri Malaysia DS Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal dengan jolokan "Flip-Flop" disamping dilanda kontroversi kerajaan 3B (Kerajaan Tiga Beranak).
Khairy Jamaluddin yang turut terkenal dengan jolokkan Kutu Jamban itu pernah dikatakan mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri pada umurnya 40 tahun. Pada masa ini KJ adalah liabiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional. Pada masa ini semakin ramai yang berada di dalam UMNO sudah meluat denganya. Tentunya Khairy Jamaluddin merasa 'sedikit tertekan' dengan keadaan ini dan juga merasa kedudukanya akan terjejas.
Andaikata Khairy Jamaluddin menyertai Pakatan Rakyat apakah yang anda semua lakukan? Adakah anda akan terima beliau sama seperti anda semua menerima DS Anwar Ibrahim, DP Ibrahim Ali? Datuk Ruslie Ibrahim? penulis percaya pasti ada orang yang beranggapan perkara ini mustahil terjadi! Anggapan seperti ini adalah anggapan yang salah kerana mengikut 'hukum karma' politik tiada yang mustahil akan berlaku, Hari ini dia menyokong si A entah besok, entah lusa dia mula menyokong si B. Itulah lumrah dunia politik yang dikatakan penuh dengan kekotoran itu. Perlu anda semua ingat Khairy Jamaluddin sebelum bergelar menantu Perdana Menteri sebelum ini telah 'menjalin' hubungan cinta dengan Nurul Izah dan selepas DS Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau 'merisik khabar' anak kepada DS Abdullah Ahmad Badawi. Jadi untuk mencapai cita-citanya pasti dia cuba menggunakan sebarang 'jalan mudah' untuk menduduki hierarki tertinggi di dalam negara ini.
Ya memang mudah untuk sekarang ini mengatakan "Kami tidak akan terima", Ingatlah "Kata-kata memang mudah dikatakan, tetapi perlaksanaanya memang susah. Contoh sudah ada, Jika dulu DS Anwar Ibrahim dikutuk, dicaci, dibenci, difitnah, disensasikan oleh pembangkang tetapi sekarang lain pula jadinya DS Anwar Ibrahim, dijulang, diusung, diagung-agungkan melebihi para ulamak, dipeluk, dipuji dan diangkat. "Dulu mengata sejuta bahasa, sekarang memuji berbilion-bilion Bahasa.
Cuba kita lihat pula pada Datuk Paduka Ibrahim Ali, semasa dia berada di dalam UMNO dulu beliau diherdik, dicaci, dirobek, dicop sebagai Raja Lompat, dituduh sebagai kaki rasuah, itu dulu tetapi sekarang apa sudah jadi? dia pun sudah bergelar Ahli Parlimen Pasir Mas yang bertanding atas tiket bulan. Kemana perginya dakwaan sebelum ini? kemana perginya tuduhan kaki rasuah? Ke mana hilangnya 'title' Raja Lompat? Adakah kerana bulan sudah berbicara jadi tuduhan-tuduhan itu sudah tidak menjadi relevan lagi? Adakah kerana DP Ibrahim Ali ini berjuang untuk hapuskan rasuah? Tidak kita ingat siapa yang mencanangkan DP Ibrahim Ali ini kaki rasuah?
Perkara yang sama mungkin juga akan berlaku ke atas Khairy Jamaluddin kerana pada masa ini pada pandangan mereka semuanya buruk, semuanya hodoh, sama seperti bulan kalau dilihat daripada jarak yang dekat, tetapi tidak mustahil suatu hari nanti Khairy Jamaluddin dipuja-puja, di agung-agungkan, dibelai umpama 'haiwan kesayangan' sama seperti yang berlaku kepada ahli-ahli politik sebelum ini.
No comments:
Post a Comment