Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini. Baru-baru ini beliau telah 'dinamakan' sebagai pengganti DS Abdullah Ahmad Badawi yang diumumkan sendiri oleh DS Abdullah Ahmad Badawi.
Disamping memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau juga memegang jawatang sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTAR di mana yayasan ini merupakan badan yang mengawal selia dan menguruskan sebuah universiti swasta yang tidak kurang hebatnya. Universiti yang dimaksudkan ialah Universiti Tun Abdul Razak.
Sebenarnya dalam diam universiti ini ada mengalami masalah dalaman yang membabitkan siswa universiti tersebut. Daripada maklumat yang diperolehi oleh penulis daripada siswa UNITAR Kota Bharu, Kelantan mereka 'mengesahkan' masalah tersebut.
Antara Masalah yang timbul:
Penulis berharap DS Najib Tun Razak dapat menyelesaikan isu ini dengan segera kerana siswa juga yang akan merana. Sebagai tambahan permasalahan ini berlaku selepas Yayasan PINTAR mengambil alih UNITAR daripada KUB. Adalah diharap DS Najib Tun Razak lebih prihatin tentang hal ini.

- Siswa terpaksa pindah ke kampus Kelana Jaya untuk kursus Bachelor Of Education in Counseling memandangkan subjek tersebut tidak akan ditawarkan lagi di kampus Kota Bharu.
- Pengurusan yang terlalu memberi tekanan kepada siswa untuk menjelaskan yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan.
- Penukaran sistem tiga semester kepada sistem dua semester yang akan merumitkan para siswa terutamanya siswa tersebut hanya tinggal beberapa subjek lagi.
- Subjek Seminar In Eduction(counselor) tidak boleh diambil sekali dengan Latihan Industri ini bermakna siswa terpaksa menghabiskan masa yang lama dan juga secara automatiknya akan menyebabkan tempoh masa siswa menjadi bertambah panjang sebelum dapat menamatkanya.
Penulis berharap DS Najib Tun Razak dapat menyelesaikan isu ini dengan segera kerana siswa juga yang akan merana. Sebagai tambahan permasalahan ini berlaku selepas Yayasan PINTAR mengambil alih UNITAR daripada KUB. Adalah diharap DS Najib Tun Razak lebih prihatin tentang hal ini.
No comments:
Post a Comment