Bilangan Pengunjung:

Monday, June 29, 2009

Warna-Warni Politik Malaysia...




POLITIK MALAYSIA penuh dengan berwarna-warni ditambah pula dengan kehadiran istilah-istilah Arab yang dimelayukan seperti Muzakarah, Muqabalah dan terbaru Mujadalah jangan lepas ni 'mu nok baloh' pulak keluar....Pentas politik tanah air dipenuhi dengan aneka ragam bentuk politik.

Ada yang menggunakan pendekatan 'Political Animal' yang setiap masa ingin membaham mangsa walaupun kadang-kadang ada kelemahan di dalam si "Political Animal" itu. Kamus bahasa politik di Malaysia pun bertambah dari hari ke hari.

Kehadiran istilah arab yang dimelayukan seperti Muzakarah, Muqabalah dan terbaru Mujadalah datangnya juga mewarnai pentas politik tanah air. Istilah-istilah Arab itu dipopularkan oleh PAS mungkin kerana ingin menonjolkan mereka 'lebih Islam' dari yang lain.

Penulis ingin komen sedikit berhubung dengan cadangan Nik Aziz untuk bermujadalah dengan Najib untuk menyelesaikan kemelut antara PAS-UMNO yang berlarutan hingga kini. Penulis menyokong kenyataan Menteri Penerangan yakni Dr. Rais Yatim yang Mujadalah ini hanya membuang masa. Penulis berpendapat demikian kerana sudah ada jalan penyelesaian yang lebih mudah kenapa memilih jalan penyelesaian yang susah dan berkemungkinan masalah itu tidak akan menemukan jalan penyelesaian tetapi akan merumitkan lagi keadaan.

Sekiranya perdebatan ini diadakan sudah tahu siapa yang dapat untungnya sudah tentulah PAS. Tambahan pula orang yang tak buat kerja mengkritik orang yang sedang bekerja sudah tentu nampak banyak kesilapan yang dibuat oleh si rajin buat kerja. Penulis memberi contoh sekiranya anda menjadi penonton permainan bola sepak sudah tentu banyak perkara anda akan kritik terhadap pemain tersebut, cuba anda jadi pemain bola sudah tentu anda tidak akan sedar kesilapan diri sendiri.

Mungkin Juga kemenangan besar PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum yang lalu membuatkan TG Nik Aziz mengalami 'perubahan mendadak' dari seorang Ulama' tidak seagresif Haji Hadi kini sudah menjadi seorang Ulama' yang lebih Agresif dari Haji Hadi malah Haji Hadi pula dilihat 'kurang agresif' berbanding dulu. Jadi kesimpulanya rakyat perlu memberi peringatan kepadanya kerana tangan rakyat boleh mengubah 'perangainya' terjemahkanya di Manek Urai terlebih dahulu.

Akhir kalam tak sah kalau artikel penulis tidak diakhiri dengan mutiara kata. Jadi kali ini penulis ingin mengemukakan mutiara kata yang berbunyi "Jika ada jalan yang baik mengapa jalan yang susah dicari, mencari jalan yang susah walhal sudah tersedia jalan yang senang umpama mencari kejahatan, pilih jalan yang baik umpama mencari kebenaran" Jadi Allah Tuhan seru sekian alam kurniakan akal fikiran untuk berfikir jadi fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Biasiswa Nasional - Kerajaan Jangan Terlalu Gelojoh...

Artikel penulis kali ini ingin bercakap mengenai Biasiswa Nasional atau akronimnya BN, eh kebetulan akronimnya sama dengan Barisan Nasional. Dalam merealisasikan hasrat 1Malaysia memanglah Biasiswa Nasional selaras dengan 1Malaysia tetapi kerajaan tidak boleh 'terlalu gelojoh' untuk melaksanakanya.

Petang tadi penulis seperti biasa Selepas Solat Asar di Masjid penulis akan singgah di kedai untuk berbual-bual dengan rakan-rakan penulis. Topik yang dibincangkan hari ini ialah mengenai Biasiswa Nasional, rata-rata rakan penulis yang berbangsa Melayu 'bimbang' dengan "Biasiswa Nasional".

Kebimbangan mereka pasti ada sebabnya dan penulis juga terikut sama rasa bimbang dengan senario ini. Ya mereka tidak menentang nak melaksanakan dasar 1Malaysia mereka menyokongnya atas dasar 'perpaduan nasional', namun sebelum melakukan sesuatu perubahan janganlah terlalu gelojoh kerana ia bakalan membuat rakyat tergamam dan 'terkejut beruk'.

Memang benar ini adalah di antara 'hadiah' kerana kegagalan orang Melayu yang juga beragama Islam bersatu. Pihak yang lain menuntut macam-macam kadang-kadang perkara yang tidak masuk akal ini juga adalah rentetan daripada 'Ketuanan Rakyat' yang dijaja Anwar Ibrahim menyebabkan mereka itu menuntut macam-macam.

Penulis menggesa kerajaan agar tidak terlalu gelojoh di dalam melaksanakan Biasiswa Nasional ini, penulis yakin dengan isu Biasiswa Nasional ini 'peluang BN di Manek Urai kembali gelab' kerana pihak pembangkang akan memanipulasikan isu ini.

Penulis bersetuju sekiranya kerajaan hendak melaksanakan dasar 1Malaysia tetapi janganlah menampakkah kegelojohan yang melampau. Benar, mereka juga rakyat Malaysia tetapi apabila meritrokrasi dijalankan penulis percaya ramai anak-anak bangsa kita yang ketinggalan jauh ke belakang.

Sekiranya kerajaan hendak meneruskan juga Biasiswa Nasional pastikan perkara itu dikaji dengan betul-betul jangan nanti 'rumah dah siap pahat masih berbunyi', sebelum perlaksanaan kalau boleh perjelaskan kepada rakyat apa itu Biasiswa Nasional dan berikan sekali apa kelemahan dan kebaikanya sebelum ia dijadikan realiti.


Akhir Kalam seperti biasa penulis akhiri dengan mutiara kata. Kali ini Mutiara Katanya berbunyi bergini "Perpaduan Nasional Tidak Semestinya Kita Perlu Berikan Semuanya, pemberian biarlah berpada jangan nanti diharapkan emas akhirnya dapat besi buruk" Jadi Fikir-fikirkanlah....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 28, 2009

Tuan Aziz Tuan Mat Calon BN Di Manek Urai...

Tuan Aziz Tuan Mat telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Beliau berumur 39 tahun dan merupakan pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Pegumumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin di Kelantan. Beliau bakal bertanding dengan Calon PAS Fauzi Abdullah berumur 50 tahun yang merupakan seorang pemborong ikan.

Ada desas-desus yang mengatakan bahawa calon BN ini iaitu Tuan Aziz Tuan Mat ini tidak direstui oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, namun tidak dapat dipastikan adakah desas-desus ini benar ataupun tidak, sekiranya benar maka BN terpaksa melalui jalan yang sukar untuk memenangi PRK Manek Urai ini.

Mungkin BN perlu bekerja lebih kuat lagi untuk menawan 'kubu kuat' PAS ini, di mana untuk rekod baru sekali PAS gagal mempertahankan kerusi ini pada tahun 2004. Budaya 'cah keting' yang sinonim dengan UMNO Kelantan juga mungkin akan 'membantutkan' peluang BN.

Usaha yang kuat dan juga penyatuan ahli UMNO juga boleh menjadi faktor penentu kemenangan BN di Manek Urai selain Pengundi Atas Pagar. BN juga jangan sekali-kali melupakan peranan 'pengundi atas pagar' kerana mereka boleh jadi faktor penentu kemenangan BN di Manek Urai.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Mulanya Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah dan akhirnya.....

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia

Mulanya Muzakarah, Muqabalah, Mujadalah Akhirnya Mu Nok Baloh

Macam-macam Istilah Arab muncul sejak ahir-akhir ini. Mujadalah adalah istilah terbaru yang muncul apabila TG Nik Aziz Nik Mat mengajak PM Malaysia yang keenam iaitu DS Najib Tun Razak berdebat dan perdebatan itu diistilahkan Mujadalah.

Sebelum ini TG Nik Aziz membantah keras "Kerajaan Perpaduan" kerana beristiqamah mengikut katanya biarpun sebenarnya ada udang di sebalik mee eh silap udang di sebalik batu apabila si batu api yang gagal menjadi Timbalan Presiden sudah berjaya mengapi-apikan TG Nik Aziz.

Terbarunya TG Nik Aziz mengajak UMNO untuk bermujadalah denganya. Alasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz ialah untuk menyelesaikan kemelut PAS-UMNO. Beliau juga mengandaikan dirinya sebagai Nabi Musa dan Najib sebagai Firaun.

Penulis menggesa DS Najib Tun Razak supaya tidak melayan permintaan TG Nik Aziz yang dah nak expired tak berapa lama lagi ni kerana beliau bukanya ikhlas tetapi beliau akan mengambil kesempatan untuk memanipulasikan Mujadalah tersebut untuk keuntungan Politik beliau bukanya untuk menyelesaikan kemelut PAS-UMNO.

Tak payah lah nak bermujadalah ianya 'membuang masa' saja nanti akhirnya UMNO dipersalahkan dan DAP didewakan beliau. Dulunya Muzakarah akhirnya tak jadi ditukar pula dengan Muqabalah pun tak jadi juga, Kerajaan Perpaduan pun tak jadi dan sekarang cuba nak Mujadalah pulak last-last nanti "Mung Nok Baloh".

Mula-mula pihak PAS yang membuat cadangan lepas itu akhirnya UMNO akan dipersalahkan kerana Nik Aziz suka menDEWAkan DAP si kafir harbi dan Anwar Ibrahim. Penulis juga ingin memuji tindakan Mohd Sayuti Omar (MSO) yang mengkritik tindakan TG Nik Aziz itu di blognya Merah Tinta MSO.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 27, 2009

Ada ADUN PAS Berjoli di Thailand?

should I?Image by garycycles2 via Flickr

Pada sebelah petang tadi seperti kelaziman selepas solat asar di Masjid penulis akan minum petang di gerai bersama-sama rakan-rakan penulis banyak juga perkara yang dibualkan termasuklah politik tanah air tercinta.

Apa yang mengejutkan penulis apabila rakan penulis ini memberitahu bahawa tadi dia ada berjumpa dan berborak dengan beberapa ahli PAS pada waktu tengahari tadi selepas waktu Zuhur di berdekatan dengan sebuah masjid berdekatan dengan Jalan Pekeliling dan ahli PAS itu mendedahkan bahawa ada seorang ADUN PAS yang gemar berjoli di Thailand.

Siapakah ADUN yang dimaksudkan itu tak perlu lah penulis cakap nanti mengaibkan dia pulak kerana penulis bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa tetapi penulis hanyalah mahu mendapatkan kebenaran adakah benar berita yang diceritakan oleh ahli PAS tersebut kepada rakan penulis itu.

ADUN itu dikatakan 'berjoli di Thailand' sambil menikmati "Air Kencing Syaitan" dan lain-lain perkara yang tidak bermoral di Thailand. Ahli PAS itu mendakwa bahawa 'maklumat' itu beliau perolehi daripada waris beliau yang berada di Thailand.

Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa ADUN Tersebut mempunyai Ladang Babi di Thailand. Sejauh manakah kebenaran dakwaan Ahli PAS ini tidak dapat dipastikan jadi penulis berharap sesiapa yang ada maklumat untuk menafikan ataupun mengesahkan berita ini sila komen di ruangan komen kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan ADUN tersebut tidak menjadi mangsa fitnah.

Sekiranya benar dakwaan ini maka secara tidak langsung ia akan mencemarkan imej Parti PAS yang memperjuangkan Islam itu. Penulis berharap sekiranya dakwaan ini benar pihak PAS perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membuang sampah ini secepat mungkin. Inilah yang baru boleh dikatakan sampah kepada PAS.

Akhir kalam seperti biasa penulis akhiri dengan mutiara kata. Mutiara kata kali ini berbunyi "Apabila orang bertanya kita menjawab, Apabila Benar katakan Benar, Apabila Salah Katakan salah kerana kalau asalnya beruk tak akan jadi kera walau dikerat ekor" Jadi Fikir-fikirkanlah...




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Fauzi Calon PAS Manek Urai...

Teka-teki siapa yang bakal dipertaruhkan PAS untuk menjadi calon semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan Manek Urai akhirnya terjawab apabila MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat di Manek Urai semalam, calon tersebut ialah Fauzi Abdullah dan berumur 50 tahun.{Sila Rujuk: http://msomelayu.blogspot.com/2009/06/berita-malam.html}

Untuk rekod calon untuk Barisan Nasional masih belum diketahui dan hanya akan diketahui pada hari ahad ini (28 Jun 2009), setakat ini belum dapat dipastikan siapa yang disenarai pendekkan BN untuk menjadi calon semasa Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Semoga BN membuat pemilihan calon yang benar-benar layak bagi menghadapi Fauzi di Manek Urai.

Penulis menjangkakan pihak yang mana dapat mengemukakan calon yang benar-benar diterima rakyat pihak itu berkemungkinan cerah untuk menggapai kemenangan di Manek Urai dan juga harap tiada serangan peribadi berlaku semasa kempen di PRK Manek Urai nanti.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, June 26, 2009

Rakyat Indonesia Marah Pada Malaysia?

Isu Monahara Odelia Pinot, Isu Kedua pula ialah kes penderaan pembantu rumah Indonesia yakni Siti Hajar dan juga mengenai tragedi bangunan runtuh di Petaling Jaya yang mengorbankan tujuh warganegara Indonesia inilah yang dikatakan rakyat Indonesia marah 'membuak-buak' kepada Malaysia.

Sebenarnya isu Monahara Odelia Pinot dengan Tengku Fakry itu isu peribadi dan tidak perlu disensasikan oleh media kerana ia adalah isu peribadi tetapi perkara ini juga bukan sahaja disensasikan media Indonesia malah kebanyakkan berita yang disiarkan boleh disifatkan 'berat sebelah' seolah-olah ingin menyemerakkan api kemarahan rakyat Indonesia pada Malaysia.

Begitu juga dengan isu Siti Hajar dan Tragedi runtuhan bangunan di Petaling Jaya yang mengorbankan tujuh warga indonesia itu, mereka sepatutnya faham penderaan terhadap pembantu rumah boleh berlaku di mana sahaja termasuklah indonesia sepertimana yang ditunjukkan dalam sinetron-sinetron mereka dan bagi tragedi runtuhan di Petaling Jaya itu bukanlah itu Qada' dan Qadar' Allah, sebagai sebuah negara yang mempunyai bilangan umat Islam yang ramai takkanlah tak percaya kepada Qada' dan Qadar' Allah tuhan seru sekian alam, sudah ditakdirkan mereka mati begitu nak buat macamana kerana kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukanya.

Rakyat Indonesia perlu berfikir secara rasional bukanya emosional, apa gunanya Allah tuhan seru sekian alam mengurniakan anda 'akal fikiran' tetapi tidak digunakan untuk memikirkan sesuatu yang baik dan mengambil keputusan yang tidak bertamadun itu' dan janganlah terlalu mengamalkan Assabiyyah dan ingatlah Malaysia antara negara yang paling banyak membantu Rakyat Indonesia.

Senarai Bantuan Yang Telah Diberikan Malaysia Kepada Indonesia
  1. Ramai Warga Indonesia mencari rezeki di Malaysia dan Malaysia seolah-olah 'Lubuk Emas' bagi mereka.
  2. Rakyat Indonesia yang masuk ke Malaysia secara 'haram' masih diberi layanan apabila makan dan minum mereka ditanggung oleh Kerajaan Malaysia secara automatisnya rakyat Malaysia yang menangung perbelanjaan makan dan minimum mereka (menerusi pembayaran cukai).
  3. Bencana-bencana alam sebelum ini Malaysia banyak membantu Indonesia contohnya Tsunami pada tahun 2004 dan Bumi Acheh boleh dikatakan kebanyakkanya dibangunkan semula oleh syarikat-syarikat dan badan-badan dari Malaysia.
  4. Membantu Indonesia semasa memadamkan kebakaran hutan yang juga menyebabkan Jerebu di Malaysia.
  5. Dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan di sini dan Lu Carilah Sendiri....

Fikir Sejenak !:
Jangan jadi anjing yang tersepit selepas dilepaskan akhirnya kita menjadi mangsa kepada anjing tersebut.

Kalau rakyat Indonesia rasa nak marah dengan kejadian-kejadian yang berlaku ke atas warganegara mereka di Malaysia, mereka perlu tahu bahawa:

Hampir kebanyakkan kes jenayah di Malaysia dipelopori warga Indonesia.
Warganegara Indonesia yang bekerja di Malaysia juga ada yang pernah merogol rakyat Malaysia tanpa belas kasihan.
Kehadiran banyak warga negara indonesia di Malaysia mengundang banyak masalah kepada rakyat Malaysia.
Kebanyakkan kes samun dan pecah rumah dipelopori oleh Warga Indonesia di Malaysia.
Banyak lagi yang tak perlu penulis senaraikan kerana lu fikirlah sendiri.

Akhir kalam seperti biasa penulis akhiri dengan mutiara kata yang berbunyi "Di manapun kita berada sesuatu pasti boleh berlaku, Assabiyah tidak menguntungkan sesiapa, dalam mencari kesalahan orang lain kita perlu juga mencari kesalahan diri sendiri".


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, June 25, 2009

Siapakah Bakal Jadi Calon UMNO di Manek Urai?

Cuma tinggal beberapa hari aje lagi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai bakal berlangsung, untuk rekod kedua-dua belah pihak yakni PAS dan UMNO belum mengemukakan siapakah yang bakal menjadi calon di Manek Urai. Namun kenyataan PM Malaysia yang keenam sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online. yang mengatakan bahawa calon BN untuk PRK Manek Urai akan diumumkan pada Ahad Ini dan pengumuman itu akan dibuat oleh TPM iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin.

Pemilihan calon perlu diitik beratkan oleh UMNO kerana kesilapan memilih calon menyebabkan BN hilang peluang untuk menang. Budaya 'cah keting' mungkin akan menyebabkan BN tewas lagi di Manek Urai, jika ada dua pihak yang bertelagah janganlah kemukakan calon-calon dari pihak-pihak yang bertelagah kerana besar risikonya kepada BN di Manek Urai.

Bagi mengelakkan budaya 'cah keting' yang sudah sinonim dengan UMNO Kelantan adalah lebih baik memilih calon daripada 'pihak yang berkecuali' dan bukanya daripada kedua-dua pihak yang bertelagah ini. Ini penyelesaian yang terbaik. Mungkin juga boleh guna Cadangan Blogawan MSO boleh dipertimbangkan oleh BN Kelantan.

Tidakpun kedua-dua pihak yang bertelagah 'melupakan pertelagahan mereka' buat sementara demi kemenangan BN di Manek Urai. Tunjukkanlah semangat kesetiaan anda, mungkin hari ini anda tidak jadi calon, siapa tahu akan datang anda akan jadi calon, belajarlah berfikir secara rasional jangan terlalu emosional kerana emosional langsung tidak menguntungkan.

Akhir kalam seperti biasa penulis akhiri dengan mutiara kata, mutiara kata pada kali ini berbunyi "Untuk mencapai sesuatu di puncak berusahalah dengan bersungguh walaupun terpaksa menempuh laluan berliku kerana ia akan memberikan anda kejayaan yang agak lama bertahan dan ingatlah tiada jalan pintas untuk berjaya".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Jangan Ikut Perangai Budak-Budak....


Penulis hari ini ingin menegur tindakan Pemuda UMNO Kelantan yang membuat laporan polis berhubung kenyataan MB Kelantan yakni Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berbunyi "Perjuangan UMNO sama ajaran sesat Ayah Pin dan juga komunis". Laporan Polis itu dibuat di Balai Polis Kota Bharu pada 10:30pagi tadi yang diiringi oleh 100 orang penyokong UMNO.
{Sila Rujuk ARTIKEL INI}

{ARTIKEL INI juga boleh dirujuk}

Tindakan yang diambil oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan (Anuar Safian) itu Penulis boleh sifatkan sebagai tidak cerdik, seolah-olah mereka terikut-ikut dengan perangai budak-budak (Teringat kembali zaman kanak-kanak penulis yang pada waktu itu apabila rakan penulis pada masa itu dibuli lalu dan menangis dan apa yang dia cakap ialah "Aku.....oyakkkkk ko ayoh aku mung....huhhuuhuu..ssss" sambil menangis teresak-esak yang bermaksud rakan penulis itu akan cakap atau dengan kata lain melaporkan bahawa dia dibuli kepada ayahnya.

Sepatutnya Anuar Safian tidak perlu membuat laporan Polis kerana Polis banyak lagi kes yang perlu diselesaikan, tindakan ini bukan sahaja menambahkan tugas Polis, malah seolah-olah menjadikan Balai Polis sebagai "Pusat Buangan Laporan" yang hampir sama dengan Tapak Perlupusan Sampah. Cukuplah berpolitik cara budak-budak.

Apa yang perlu ialah Anuar Safian membuat respons daripada kenyataan demikian dengan cara berhemah dan agak berbudi bahasa contohnya "Tak Apalah dia nak kata apa pun, sesungguhnya Azab neraka itu amatlah pedih". Lagipun antara enam golongan yang masuk neraka tanpa hisab ialah orang yang berilmu tetapi suka berbalah. Tak payah nak melapor-lapor ini membuang masa je, tambahan pula sekiranya Nik Aziz berjaya di dakwa sekalipun PR akan memanipulasikanya dan menjadikanya sebagai satu kezaliman kepada "Kerajaan Persekutuan In Waiting". Biar mereka diadili di Padang Masyar kerana Allah Tuhan seru Sekian Alam Maha Adil.

Akhir kalam seperti biasa penulis akhiri dengan kata-kata mutiara yang berbunyi "Walaupun betapanya sakit hati kita orang kata kat kita tetapi sabarlah dan kalau boleh cubalah ikut cara sahabat nabi, selagi orang berkata selagi tulah beliau memberi buah tangan kerana persengketaan bukanlah jalan perdamaian"
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, June 24, 2009

Kenapa Kerajaan PAS Kelantan Minta Royalti Petroleum?

Artikel penulis kali ini ingin mengupas mengapa Kerajaan PAS Kelantan beriya-iya sangat menuntut royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan. Ya memang tidak dinafikan bahawa Kerajaan Kelantan berhak menuntut royalti petroleum itu penulis tak bantah jadi penulis dengan tegasnya menuntut Kerajaan Persekutuan memberikan royalti itu kepada Kerajaan PAS Kelantan kerana pemimpin-pemimpin PAS sekarang ini tengah kelaparan wang ringgit.


Penulis ingin mendedahkan maklumat yang penulis terima daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai sebab musabab Kerajaan PAS Kelantan menuntut royalti. Sebab dan musabab itu penulis senaraikan di bawah:

  1. Kantung kewangan kerajaan negeri ini kian menipis ekoran beberapa pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam Kerajaan Kelantan telah menghabiskanya untuk kepentingan diri sendiri dan mengkayakan kroni-kroni mereka. (Sumber Dari Ahli PAS)
  2. Mengurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Kayu Balak yang sering menjadi isuPenyelewengan yang bukan berkaitan dengan pemimpin PAS di dalam Kerajaan Negeri yang yang namanya tidak boleh disebutkan memandangkan beliau orang paling berkuasa di negeri Kelantan dan tiada siapa yang boleh mengengkari arahanya(Sila Rujuk BLOG INI).
  3. Berkemungkinan untuk menambahkan peruntukkan Jawatankuasa Pilihan Raya negeri untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. (Sila Rujuk ARTIKEL INI). Penyelewengan Balak yang berleluasa dan mengkayakan kroni pemimpin PAS tertentu. (Sumber Dari Pengusaha Balak)
  4. Perbelanjaan yang tidak berhemah menyebabkan berlakunya Perbelanjaan melebihi pendapatan oleh beberapa pemimpin Kerajaan Negeri.
  5. Pengambilan pekerja untuk Kerajaan Negeri yang melampaui keperluan atas dasar 'kabel politik' juga menyebabkan kantung kewangan kerajaan negeri semakin menipis.
  6. Pendapatan daripada saman PBT di bawah Kerajaan Negeri tidak mencukupi untuk menampung keperluan kerajaan negeri walaupun kebanyakkan PBT terutamanya MPKB-BRI begitu aktif 'merampas' motosikal rakyat atas alasan parking di tempat yang tidak sepatutnya walhal di sebaliknya parking motor di tempat itu memang tidak mencukupi.
  7. Caj yang dikenakan oleh PBT seperti caj sampah sepertimana di dalam Lesen Perniagaan masih tidak mencukupi untuk menampung kebocoran 'kantung kewangan' Kerajaan Negeri. Untuk Rekod Caj Sampah lazimnya RM500 untuk satu lesen perniagaan.
  8. Menggunakan isu ini untuk Pilihan Raya Kecil Manek Urai bagi menarik simpati rakyat agar mengundi PAS. Itulah antara sebab-musabab mengapa Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan tuntutan royalti Petroleum jadi jika mereka dapat royalti lagi lah sedap mereka berjoli, dapat royalti tengok rakyat dia buat tak reti.

Akhir Kalam seperti biasa penulis akhiri dengan kata-kata mutiara. Kata-kata mutiara kali ini ialah"Seorang orang Sesat boleh menyesatkan Seribu Orang Alim" Jadi fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, June 23, 2009

Penyokong Nasharuddin Tetap Akan "Mengamuk" Di Manek Urai?

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia

Beberapa hari lalu apabila isu "Kerajaan Perpaduan" hangat diperkatakan, Mursyidul Am PAS telah mengeluarkan kenyataan seumpama 'menghalau' Timbalan Presiden PAS keluar daripada PAS, namun semalam Mursyidul Am PAS itu mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas kenyataanya yang disifatkan emosional itu.

Pada mulanya penulis beranggapan bahawa dengan kenyataan maaf daripada Mursyidul Am PAS itu yang juga lebih dikenali dengan nama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat itu, penyokong-penyokong Nasharuddin akan lembut hati rupanya ternyata tanggapan penulis itu silap apabila penulis mendapat maklumat daripada Manek Urai yang mengatakan penyokong-penyokong Nasharuddin akan tetap 'mengamuk' di Manek Urai biarpun TGNA telah membuat kenyataan maaf di atas kenyataanya sebelum ini.

Antara kata-kata mereka mengikut maklumat yang penulis terima ialah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya" rata-rata penyokong Nasharuddin terguris dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh TGNA yang disifatkan seolah-olah menghalau keluar Nasharuddin daripada PAS dan dalam masa yang sama juga TGNA melabelkan 'Nasharuddin' yakni golongan yang menyokong "Kerajaan Perpaduan" sebagai "Boneka UMNO", itu satu tuduhan yang kerterlaluan dan kami akan tetap akan 'mengamuk' di Manek Urai.

Selain itu ada juga yang menggesa TGNA supaya meletak jawatan kerana katanya TGNA dah expired, kepimpinan beliau sudah tidak diperlukan di Kelantan kata mereka, sebelum ini kami berdiam diri sahaja memikirkan beliau adalah seorang Tok Guru namun selepas TGNA mengeluarkan kenyataan yang sedemikian kami dengan bersungguh-sungguh mendesak TGNA meletakkan jawatanya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan Akhirnya Hangat-hangat Tahi Ayam...

ANWAR IBRAHIMImage by KamalSell via Flickr

Polemik Kerajaan Perpaduan yang menjadi isu hangat yang dibincangkan dalam dua tiga hari ini akhirnya berahkir dengan penolakkan terhadap jalan perpaduan kerana mereka lebih pentingkan kedudukan politik daripada perpaduan umat Islam. Mereka hanya mahu berkuasa bukanya mahu bersatu.

Polemik Kerajaan Perpaduan ini menjadi perdebatan hangat sehingga tergamak TG Nik Aziz Nik Mat 'menghalau' Nasharuddin Mat Isa keluar dari PAS dan ada juga pendapat TGNA tidak dapat menerima kekalahan 'orang harapan' beliau atau dengan kata lain kroni beliau, mungkin juga kroni beliau itu telah menghasut TGNA agar mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Idea Kerajaan Perpaduan ini dicetuskan oleh Presiden PAS sendiri iaitu TG Haji Abdul Hadi Awang, namun penulis yakin ia adalah bertitik tolak daripada seruan yang diberikan oleh Mantan Mufti Perlis iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan agar umat Islam di Malaysia bersatu.

Mungkin juga berakhirnya riwayat 'Kerajaan Perpaduan' ini berpunca daripada PAS yang 'kelabu mata' dengan kemenangan-kemenangan yang diperolehi sebelum ini sehingga berlakunya kenyataan-kenyataan angkuh seperti mereka-mereka yang mencadangkan "Kerajaan Perpaduan" adalah 'Boneka UMNO', namun apabila Pakatan Rakyat menolak cadangan 'Kerajaan Perpaduan' tersebut jelas sekali PAS adalah 'Boneka DAP dan PKR" yang diketuai oleh Pakar Kencing Rakyat anWAR Ibrahim.

Ternyata Pakatan Rakyat sudah 'syok' dengan kemenangan-kemenangan yang diperolehi sebelum ini, dalam tidak sedar sebenarnya PAS sudah berjaya dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menggapai impianya nak jadi Perdana Menteri yang terhenti tak berapa lama dahulu, biarpun mulut Anwar berkata "Saya buat ini semua untuk rakyat" dalam hatinya lain pula "Lepas ni Bolehlah Aku Jadi PM dan aku boleh buat apa aku suka, hahaha".

Selepas ini sekiranya Allah tuhan seru sekian alam izinkan Pakatan Rakyat berkuasa jangan pula ada rakyat yang melabelkan PR dengan Pembohong Rakyat. Memang orang yang hendak kuasa sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa asalkan dapat apa yang dicita tak kira kesan yang rakyat perlu terima.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 21, 2009

Bukan Itu Impian Mereka...

Bukan Itu Impian Mereka

Manek Urai Menjadi Perhatian
Janji Pembangunan terus dijaja
Walhal Pengundi Manek Urai Sederhana dalam kehidupan
Bukan pembangunan menjadi impian mereka

Mereka tidak akan tanya berapa banyak bangunan nak dibina
Mereka tidak akan berminat dengan Hutan Batu
Mereka hanya mahukan pemimpin yang tau jerit payah mereka
Jangan sekali mengecilkan hati mereka itu

Mereka bukan menolak pembangunan
Mereka suka hidup sederhana sahaja
Sesuai dengan Wassatiyah dalam kehidupan
Bukan pembangunan yang dicari mereka

Kalau nak buat pembangunan sekalipun
Jangan sekali-kali menjaja janji manismu itu
Mereka bijak menilai siapa yang layak jawatan ADUN
Kepimpinan yang adil itulah harapanya padamu
[yiemega, D'Manek Urai, Kuala Krai Kelantan]
{http://karyamelayu2u.blogspot.com/}
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Kriteria Pemilihan Calon untuk PRK Manek Urai

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai akan berlangsung tak lama lagi. Terdahulu penulis telah menerbitkan satu artikel yang bertajuk "Petua Kempen Manek Urai". Kali ini penulis ingin mencadangkan beberapa kriteria perlu diteliti untuk memiliha calon yang benar-benar layak menjadi pemimpin di Manek Urai.

Calon yang dipilih hendaklah mempunyai kriteria ONE MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Ciri yang dimaksudkan penulis gambarkan sepertimana yang di bawah:

OK untuk bersama rakyat tanpa mengira darjat
Nasionalisme sentiasa berada dalam diri materialisme tolak tepi
Empati dengan masalah yang dialami rakyat

Mesra dan Merasai Jerit Payah Rakyat
Amalkan Senyum Sokmo (Sentiasa Senyum) bila berhadapan dengan rakyat
Liberasikan sebarang bantuan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik
Agihkan peruntukkan untuk tujuan kesejahteraan rakyat bukan mengkayakan kroni
Yakinkan rakyat dengan kebolehan anda
Sesuaikan diri dengan kehidupan rakyat
Ikhlas dalam memimpin
Ambil prihatin permasalahan rakyat dan tepati janji.

Respons kenyataan pembangkang dengan berbudi bahasa
Agama Islam perlu menjadi agenda utama perjuangan
Kenangkan sentiasa pengundi anda
Yasin perlu selalu dibaca
Akhiri setiap pertemuan dengan rakyat dengan ramah mesra dengan rakyat
Tentukan apa yang diperlukan rakyat setempat

Dirikan Solat jangan tinggal dan kalau boleh sentiasa berada di Masjid
Ikhtiarkan pertolongan yang diperlukan rakyat
Dermalah kepada yang memerlukan
Ambil prihatin dengan jemputan kenduri rakyat
Hindari Gejala Rasuah dan jalankan kehidupan berintergriti
Usah memberi kenyataan yang agak sombong atau agah dalam loghat Kelantan
Lindungi rakyat yang ditimpa kesusahan
Ubah cara hidup dan bersederhana di dalam hidup
Kenali rakyat Anda dengan mengunjungi kedai-kedai kopi
Atasi kesulitan yang dialami rakyat dengan berhemah
Nasib anda ditentukan oleh rakyat sentiasa perlu diingati

Prestasi anda perlu sentiasa meningkat
Emosional perlu diketepikan
Negeri Kelantan perlu disayangi
Cepat, Cekap Dan Cermelang di dalam tugas
Akhiri penderitaan rakyat termiskin di kawasan anda
Perpaduan mesti diutamakan jangan berperang mulut dengan pembangkang
Amalkan Bekerja Kerana Allah
Ikhtibar dari sesuatu kejadian hendaklah diselami
Adili setiap permohonan rakyat dengan seadilnya
Nadi seorang Ahli Politik ialah Rakyat perlu diingati sentiasa

Dedikasi didalam melaksanakan tugas
Implikasi setiap perbuatan perlu difikirkan terlebih dahulu
Usahakan apa sahaja yang boleh menguntungkan rakyat
Tak perlu beli kereta mewah
Ambil kira setiap kritikan yang diberikan rakyat
Mesra dengan sesiapa sahaja termasuk pembangkang
Anak Rakyat perlu diberi perhatian serius
Kemiskinan rakyat mesti dihapuskan
Amalkan pengurusan masalah rakyat yang bijak
Natijah setiap keputusan perlu dikaji sedalam-dalamnya

Adalah lebih elak calon-calon yang disenarai pendek hendaklah menjalankan Teknik Kerusi Kosong (Satu Teknik Kaunseling) untuk membawa mereka merasai kepayahan dan kesusahan rakyat.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 20, 2009

Petua Kempen PRK Manik Urai...


Penulis nak bagi sedikit petua untuk petugas-petugas kempen yang bakal berkempen pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.

Rakan blogger penulis iaitu Husin Lempoyang turut memberikan tips-tips untuk berkempen di Manik Urai sepertimana artikel terbaru blognya yang bertajuk "Petua-petua Kempen di Manik Urai". Sila baca artikel blog beliau untuk mendapatkan 'petua kempen' versi Husin Lempoyang. Tahniah Husin Lempoyang...

Penulis pun ada petua untuk berkempen yang hendak diberikan kepada 'hulubalang' yang bakal berkempen di Manek Urai di negeri Tanah serendah sekebun bunga dan juga negeri Cik Siti Wan Kembang yang terkenal dengan jolokkan "Serambi Mekah" ini.



Petua-petua untuk berkempen di Manek Urai

Menolong Membantu dan Menyanyangi
Ambil tahu masalah rakyat setempat
Naik Motosikal atau Basikal buruk semasa berkempen
Empati dengan masalah yang dialami rakyat
Kotakan segala janji dan tidak membuat janji pembangunan sekiranya menang

Usahakan apa yang diperlukan rakyat
Robohkan jurang pemimpin dengan rakyat
Agama Islam mesti diutamakan
Ikhlas di dalam berkempen

Pesanan buat ahli UMNO di Manek Urai:

Mesti bersatu dan usah berbalah sesama sendiri
Ego mesti diketipikan bersatulah demi kemenangan
Naikkan semangat perpaduan di kalangan ahli
Anggap Manik Urai Perlu dimenangi oleh UMNO
Naikkan sesiapa sahaja yang bakal menjadi calon BN
Gigihkan usaha anda untuk menawan hati pengundi manik urai

Usahakan pertolongan sewajarnya buat rakyat dalam kesusahan
Membela rakyat yang memerlukan pembelaan
Namakan apa yang diperlukan oleh pengundi tanpa mengira fahaman politik
Ok saya nanti semak(Kenyataan ini perlu dihindari kalau nak buat juga pastikan ia tertunai)

Ingat jangan cah keting sesama kita, berpadulah demi kemenangan UMNO JANGAN NANTI SKMK. SKMK bukan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan tetapi "Silap Konar Mapuh Kerah"
yang bermaksud silap membelok ia akan membawa padah.

Kepada yang berminat untuk CAH KETING ingat seperkara:

Silap
Konar
Mapuh
Kerah

Akhir kalam seperti biasa penulis akhiri dengan kata-kata mutiara yang berbunyi "Sesekali kita kena makan benda pahit, biarpun pahit tetapi pahit itu ubat yang berguna buat kita" Jadi Fikir-fikikanlah.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Samseng Cilik Buluh Kubu...

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu

Kelantan Darul Naim Ibu Negerinya Kota Bharu
Di situ letaknya Rumah Pangsa Buluh Kubu
Yang turut dikenali dengan nama Flat Buluh Kubu
Penghuninya ramai yang suka makan budu

Medan Selera Buluh Kubu Terletak Berhampiran denganya
Suasana di sini amat kotor dan jijik sekali
Orang ramai dengan selesa menjamu selera
Tikus sebesar kucing berlari-lari

Ini kisah samseng Cilik Buluh Kubu
Tidak kira siapa akan jadi mangsa mereka
Melayu, Cina, India atau Myanmar sentiasa mereka buru
Mereka sentiasa berlagak hebat walau belum tumbuh bulu

Satu Ringit, Dua Ringgit kadang semua dikebasnya
Apa pun terjadi mereka tidak akan disedari
Kadang-kadang cikgu mereka sendiri pun diugutnya
Hidup mereka sehari-hari dosa selalu mereka dekati

Ibu-bapanya terlalu sibuk mencari rezeki
Sampai tak ingat dunia ini bakal berakhir
Apa yang mereka tahu wang lebih penting daripada anak lelaki
Ada yang solat pun tidak, sibuk berniaga tanpa akhir

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu
Orang berjasa padanya akan dibalas buruk olehnya
Mereka tidak bersyukur dengan pertolongan orang yang tak jemu-jemu
Kadang-kadang orang itu umpa melepaskan anjing tersepit padah akhirnya
[yiemega D'Wakaf Mek Zainab, KB, Kelantan]
dipetik dari http://karyamelayu2u.blogspot.com/
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Akhirnya Nik Aziz Mengaku Emosional...

Isu Kerajaan Perpaduan yang membawa kepada pertikaian di antara Mursyidul Am PAS dan juga Timbalan Presiden PAS membawa kepada pengakuan Mursyidul Am PAS itu yang berkata beliau mengaku bahawa kenyataan yang dikeluarkanya di Kota Bharu terhadap Timbalan Presiden PAS iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa kerana terlalu ikutkan perasaan marah atau dalam kata lain 'emosional'.

Isu Kerajaan Perpaduan juga mendapat tentangan daripada sepuluh Ahli Parlimen PAS dan menolak idea kerajaan perpaduan ini dengan membuat kenyataan bersama baru-baru ini. Paling kesemua ahli parlimen ini adalah yang berwalikan Anwar Ibrahim atau dengan kata lain "Stealth Soldier" Anwar Ibrahim.

10 Ahli Parlimen ini boleh dianggap virus yang dihantar kepada PAS untuk memastikan PAS terus mengikut telunjuknya sampai bila-bila demi merealisasikan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri dan membolot kekayaan negara itulah sebenarnya apa yang cuba diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim, perjuangan untuk rakyat yang kononya Anwar Ibrahim itu perjuangkan itu hanyalah sekadar topeng untuk menutup impian peribadinya.

Penulis tetap berpegang kepada "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh" kerana jika kita tidak bersatu ia akan mendatangkan bahaya pada kita, akan ada orang yang ketiga yang cuba "menangguk di air yang keruh" kerana kita tidak bersatu, mereka akan menuntut macam-macam perkara yang tidak masuk akal sekiranya tidak bersatu.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Sayuti Omar di Blog Merah Tinta MSO yang boleh diikuti dengan KLIK DISINI. Kata-kata mutiara untuk kali ini ialah "Setinggi mana kita berada walau sehebat manapun kita akan jatuh ke bawah juga" Jadi Fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, June 18, 2009

Haramkan Pekerja Dari Indonesia...

Artikel penulis kali ini lebih kepada konteks perhubungan dua negara yang dikatakan serumpun iaitu Malaysia dan Indonesia. Penulis ingin mendedahkan bahawa tindakan Kerajaan Malaysia yang ternyata memberi rezeki kepada rakyat Indonesia yang berada di negara ini tindakan itu boleh disifatkan sebagai 'melepaskan anjing tersepit' sahaja.

Kebanyakkan rakyat Indonesia yang datang berduyun-duyun ke negara ini untuk mencari rezeki kerana Malaysia adalah lubuk rezeki bagi menyara hidup mereka, namun rakyat Indonesia di negara mereka terus mencaci-cela Malaysia, melabelkan Malaysia macam-macam nama contohnya "Malingsia" dan ada yang mewujudkan blog khas bagi menyemarakkan lagi kebencian kepada Malaysia.

Mereka juga mungkin cuba menghidupkan kembali suasana "Konfratasi-Malaysia dan Indonesia" suatu ketika dulu. Mereka tidak terfikir apa perasaan mereka sebagai warganegara Indonesia dan diberi gelaran "Indon Sial" oleh rakyat Malaysia, sudah tentu mereka akan marah bukan, begitu jugalah dengan rakyat Malaysia.

Kehadiran blog yang dibuat oleh rakyat Indonesia yang mencaci dan mencela Malaysia juga adalah tindakan yang keterlaluan seolah-olah mereka mahu "Konfratasi Malaysia-Indonesia" berulang lagi. Salah satu contoh blog yang dimaksudkan ialah http://id-top.blogspot.com/

Penulis mendesak Kedutaan Indonesia membuat kenyataan berhubung kewujudan blog ini yang ternyata boleh menjejaskan hubungan dua negara yang dikatakan serumpun ini. Penulis ingatkan kepada rakyat Indonesia, negara Malaysia yang anda panggil "Malingsia" itu adalah tempat kaum kerabat kamu mencari rezeki dan jangan sampai mereka semua dihalau keluar oleh rakyat Malaysia.

Penulis juga mendesak agar Kerajaan Malaysia membekukan serta merta 'permit kerja' untuk pekerja asing yang datangnya dari indonesia dan menghantar pulang ke semua pekerja indonesia yang ada di Malaysia ke negara mereka tidak kira mempunyai permit atau tidak mempunyai permit, mereka tidak berterima kasih dengan pertolongan kita jadi adalah lebih elok semua pekerja Indonesia dihantar pulang dengan kadar yang segera.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, June 17, 2009

Hasutan 'Endorgan' Berhasil...

Isu "Kerajaan Perpaduan" terus diapi-apikan oleh "Puak Endorgan" Sehingga ianya berjaya membuat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan mengeluarkan kenyataan berbaur emosi kepada Timbalan Presiden PAS iaitu Nasharuddin Mat Isa.

Puak Endorgan yang sentiasa berada di 'celah kangkang' Anwar itu sudah berjaya menghuru-harakan PAS sehingga PAS berpecah kepada dua Mazhab satu Mazhab Haji Hadi dan Satu lagi Mazhab Nik Aziz. Hasil hasutan 'Puak Endorgan' yang telah diberi 'nasi kangkang' oleh Anwar sudah berjaya memenuhi sedikit impian Anwar walaupun impian sebenar Anwar mahu melihat Puak Endorgan berjaya kerana mereka akan dijadikan "Lembu yang dicucuk hidung" oleh Anwar untuk memesongkan perjuangan PAS demi impianya untuk menjadi Perdana Menteri.

Perpecahan yang dialami oleh PAS ini bakal menyaksikan satu "Mala Petaka Politik Yang Maha Dasyat" akan berlaku terhadap PAS tidak lama lagi sekiranya PAS tidak menanganinya dengan segeranya. Perbalahan Dua Mazhab ini tidak sepatutnya menggunakan 'perantaraan media' kerana ia boleh dimanipulasikan.

Mohd Sayuti Omar atau MSO turut membincangkan hal yang sama yang boleh diikuti dengan klik di sini.

Perpecahan ini juga sedikit sebanyak akan menguntungkan UMNO yang dipandang 'jijik dan hina' oleh Nik Aziz Nik Mat. Mungkin Nik Aziz Lupa bahawa Anwar Ibrahim juga dilahirkan oleh Parti Bernama UMNO, walaupun beliau pembangkang tetapi pemikiranya tetap UMNO. Nik Aziz tidak sedar bahawa beliau sudah dipergunakan oleh Endorgan secara langsung dan oleh Anwar Ibrahim secara tidak langsung demi merealisasikan impian Anwar Ibrahim yang ingin menjadi Perdana Menteri sejak dulu lagi. Kata-kata mutiara untuk kali ini ialah "Kuasa yang diberi pada manusia adalah Ujian Allah, kuasa ditarik daripada manusia juga ujian Allah". Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Pengemis "Cilik Myanmar" Berharajalela di Wakaf Che Yeh...

Sudah menjadi kebiasaan penulis setiap hari untuk menikmati makan malam di Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan maklumlah di sini gerainya bersih kalau nak dibandingkan dengan Medan Selera Buluh Kubu yang rata-rata gerai di situ pemiliknya pengotor. Bayangkan tengah anda makan dengan berselera tiba tikus yang besar melintas di bawah meja anda. Tentu meloyakan bukan? Hari ini penulis bukanya nak bercakap mengenai kotornya Medan Selera Buluh Kubu tetapi nak bercakap mengenai pengemis cilik warga Myanmar yang bermaharajalela di Wakaf Che Yeh.

Seperti biasa hari ini penulis pergi ke Wakaf Che Yeh untuk menikmati makan malam, biasanya penulis akan pergi ke Gerai Air Asam Perut yang masyhur juga di Wakaf Che Yeh, namun hari ini gerai itu tidak beroperasi hari ini, jadi penulis pun pergi ke kedai sebelahnya dan sedang penulis asyik menikmati keenakan makanan di situ tiba-tiba penulis dikejutkan dengan kehadiran dua pengemis cilik warganegara Myanmar seraya berkata "Be Dermo siya Be" cakapnya dalam Loghat Kelantan dengan pelat Myanmar. Penulis mengangkat tangan dan mengarahkan pengemis cilik itu pergi, lalu dia pun berlalu begitu sahaja.

Namun kehadiran pengemis cilik itu bukan terhenti setakat itu sahaja, beberapa minit kemudian pengemis cilik warga Myanmar itu datang lagi dan dengan selambanya dia cakap "Be Dermo Seriya" dengan nada yang agak biadap (rasa nak bagi penampar je kat dia ni, tapi fikir berada di tempat Public ni sabar ajelah). Dalam hati penulis berkata "Eh Budak ni, berapa kalinya nak datang mintak ni". Penulis hanya berkata "Tak Dok Pitih" dalam loghat Kelantan yang bermaksud Tak De Wang. Namun pengemis cilik warga Myanmar itu seolah-olah tidak mengendahkan cakap saya sambil terus berdiri berhampiran meja penulis tengah menikmati makan malam itu. Hampir lima minit juga dia menunggu di situ, setelah menyedari penantian dia sia-sia dia terus berlalu pergi.

Dalam perjalanan pulang menuju ke tempat parkir Motorsikal penulis, sekali lagi terjumpa dengan "Pengemis Cilik Myanmar" ini dan secara selamba menyekat rakan penulis dan meminta derma daripada rakan penulis seolah-olah memaksa rakan penulis memberikan derma kepadanya. Itulah kisah "Pengemis Cilik Myanmar" Di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

Penulis tak faham kenapa MPKB-BRI tidak bertindak di dalam membanteras sindiket "Pengemis Cilik Myanmar" ini. Seolah-olah pihak mereka 'lepas tangan' sahaja dalam membanteras sindiket ini. Mungkin MPKB-BRI ada alasan mereka sendiri. Adalah tidak adil juga kalau penulis menyalahkan MPKB-BRI sahaja, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga tidak membuat pemantauan ke atas sindiket yang bakal memberi Imej yang buruk kepada tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong ini. Penulis menggesa pihak-pihak yang terbabit supaya bertindak segera.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, June 16, 2009

Derita Yang Kau Alami...

Derita Yang Kau Alami
{Nukilan: yiemega}

Derita yang kau alami dapat ku rasai
Susuk tubuhmu dipenenuhi wayar-wayar berserabut
Topeng Penafasan menjadi nyawamu kini
Deritanya amat pedih aku rasai seolah mahu hatiku mahu tercabut

Dulu kau seorang insan yang lengkap kejadianya
Kini kau menderita dek kerana “Kuda Besi” yang kau tungangi
“Besi Bergerak” telah membuat kau menderita
Tangan kananmu sudah tiada kini

Mengenangkan nasibmu yang sebegitu
Air Mataku secara tidak sengaja membasahi pipi
Mengapa kau yang menangung derita itu
Tapi aku tak salahkan suratan Tuhan dalam hal ini

Aku juga tidak salahkan kau yang menunggang ‘kuda besimu’ dengan laju
Mungkin diwaktu itu kau tidak fikirkan apa akibatnya
Kau masih mudah remaja berdarah panas berhibur tanpa jemu
Sekarang kalau menyesal pun tidak ada gunanya

Aku lihat kau yang terbaring di atas katil pesakit itu
Wad ICU HUSM Kubang Kerian
Matamu masih enggan melihat keindahan dunia tempat lahirmu
Hanya bunyi-bunyi mesin yang dapat aku dengarkan

Aku mengangkat tanganku
Berdoa pada Tuhan Seru Sekian Alam
Agar menamatkan penderitaanmu
Agar kamu boleh melihat kembali keindahan siang dan malam.
[yiemega, D'HUSM Kubang Kerian Kelantan]

dipetik dari: http://karyamelayu2u.blogspot.com

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

"Politik Boogeyman" terus menjadi formula di Kelantan..

Pada tengahari tadi penulis pergi mengambil baju di sebuah kedai yang dicuci di Jalan Merbau, Kota Bharu Kelantan, kebetulan pula secara tidak sengaja penulis terpandak satu sepanduk yang dipasang berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat di Jalan Merbau itu. Sepanduk itu berbunyi "Kerajaan Perpaduan Boneka UMNO, SAH".

Penulis cuba mendapatkan maklumat pihak mana yang memasang sepanduk sedemikian dari kedai-kedai yang berhampiran dengan tempat letaknya sepanduk itu, mengikut maklumat yang penulis terima sepanduk itu di pasang oleh beberapa penyokong PAS untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Perpaduan.

Nampaknya formula 'Politik Boogeyman' (meminjam istilah Dr. Khir Toyo) terus digunakan oleh PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai. Sebenarnya isu itu melibatkan perbalahan dua puak yang berada di dalam PAS yakni puak Endorgan dengan Puak Kepimpina Ulama namun dalam Endorgan ada Puak Ulama' yang tersesat ke dalam Puak Endorgan kerana berjaya dimanipulasi oleh 'Puak Endorgan' di dalam PAS. Sebenarnya perbalahan mereka adalah masalah dalaman mereka tetapi seperti biasa mereka akan menyalahkan UMNO di akhirnya, bagi mereka mereka semua betul kalah Wali Allah, Tok Guru Nik Aziz tu maksum walaupun dia manusia biasa yang mudah dilembutkan oleh manusia yang hipokrit.

Sampai bila mereka nak terus menggunakan formula yang sama dalam meraih simpati rakyat undang memangkah mereka di kertas undi di bahagian yang berlambangkan Bulan? Teringat penulis dengan kata-kata mutiara yang diberikan oleh Pengurus Agensi Nuzihan Consultancy Sdn Bhd (D10) yang berbunyi "Orang yang menggunakan cara yang sama untuk mengharapkan hasil yang berlainan adalah orang bodoh" . Itu adalah diantara kata-kata mutiara yang diberikan jadi Fikir-Fikirkanlah.....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin