Bilangan Pengunjung:

Saturday, June 13, 2009

Zaid Ibrahim Sertai PKR Untuk Mengejar Pangkat..??


Zaid Ibrahim yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu dan juga bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berada dalam naungan "Pakatan Rakyat(Pakatan Yang Bermaksud Jahat)" sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia

Mengikut maklumat yang penulis terima berkemungkinan Zaid Ibrahim akan dilantik menganggotai MPT PKR yang katanya bagi memantapkan lagi parti yang memperjuangkan kesamarataan antara agama itu. Menurut MSO kemasukkan Zaid Ibrahim itu menghiburkan hati penyokong PAS yang kecewa sepertimana kenyataan yang dikeluarkan di blognya Merah Tinta MSO

Benarkah Kemasukkan Zaid Ibrahim Akan Memberi Kelebihan Kepada PAS/Pakatan Rakyat?
Penulis tidak dapat melihat apakah untungnya pada PAS atau Pakatan Rakyat dengan penyertaan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Itu ke dalam parti tersebut. Mengikut rekod semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu 'rakyat sering marah-marah kerana sukar' untuk berjumpa denganya untuk mendapatkan khidmat dari beliau selaku wakil rakyat.

Penulis percaya pembaca masih mengingati bagaimana orang yang bernama Zaid Ibrahim ini menyaman Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu satu ketika dulu kerana ingin melaksanakan undang-undang Hudud? Kenapa ahli PAS perlu gembira dengan kemasukkan orang yang ingin menjahanamkan perjuangan Islam PAS.

Perlu diingat 'Katak Baru' ini tidak boleh dipercayai kerana ahli PAS sudah ada pengalaman dengan 'Katak' Yang digelar Adi Jagat, kenapa kita perlu mempercayai katak lagi sedangkan kita sudah ditipu oleh 'katak' sebelum ini jadi fikir-fikirkanlah.....

P/S: Hehe selepas ini boleh lah dia jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri balik selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 dan mungkin juga menapak ke pangkat yang lebih tinggi mungkin Timbalan Perdana Menteri Kot tak pun Menteri Yang Menjaga Hal Ehwal 'batang' Anwar. Misi peribadi beliau akan tercapai dengan menyertai PKR, Selamat Ditipu Ahli PKR dan Pakatan Rakyat.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin