Bilangan Pengunjung:

Wednesday, June 3, 2009

Manik Urai Dalam Penantian....

Maps of Malaysia with Kelantan highlightedImage via Wikipedia

"Manik Urai dalam Penantian" itulah tajuk artikel penulis pada kali ini. Penulis merasakan tidak terlalu awal untu berbicara mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu (DUN Manik Urai). Penulis percaya petugas-petugas Barisan Nasional yang bercuti semasa Pilihan Raya Kecil DUN Penanti baru-baru ini kerana BN tidak menyertai pilihan raya kecil tersebut atas alasan pilihan raya tersebut memperlekehkan demokrasi.

Penulis percaya ramai yang ternanti-nantikan apa yang bakal terjadi di Manik Urai selepas Parti Keadilan Rakyat yang bernaung dibawah Pakatan Rakyat mengalami kemerosotan undian semasa Pilihan Raya Kecil Penanti baru-baru ini dan lebih memeranjatkan tidak sampai pun 50% pengundi berdaftar yang keluar mengundi di Penanti.

Adakah Tragedi yang penulis sebut dalam artikel penulis sebelum ini iaitu "Petaka Penanti" akan berulang di Manik Urai, itu kita perlu nantikan keputusan PRK Manik Urai terlebih dahulu barulah kita boleh bercakap mengenai siapa yang menang kerana kita tidak boleh terlalu yakin kerana PAS juga mempunyai kehebatanya tersendiri walau apa pun PAS buat ia tak menjadi masalah kepada ahli parti seolah-olah 'Pak Turut' parti.

Kita tinggalkan PAS, kita bercerita pula mengenai ujian pertama buat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang baru yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya DUN Manik Urai. Penulis percaya Tok Pa sedang bertungkus lumus mengatur strategi bagi memenangi hati pengundi di Manik Urai.

Penulis pasti ramai yang tidak sabar-sabar menunggu apakah kesudahan yang akan berlaku di Manik Urai. Adakah pengundi Manik Urai masih setia bersama PA atau menukar haluan kepada Barisan Nasional. Itulah uniknya orang Kelantan kadang-kadang tindakan merek sukar untuk kita jangka.

Adakah Muktamar PAS akan memberi implikasi buruk terhadap PAS di Manik Urai? sama-sama kita nantikan kesudahanya pada Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai dengan penuh kesabaran kerana sabar itu separuh daripada iman.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin