Image by Azmil77 via Flickr
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai akan diadakan tidak berapa lama lagi. UMNO Kelantan dikatakan menggunakan strategi baru untuk menarik minat pengundi di DUN Manik Urai, strategi yang dimaksudkan ialah memperbanyakkan kempen rumah ke rumah, ceramah kecil-kecilan (melibatkan dua tiga buah rumah sahaja) dan meminimumkan ceramah besar-besaran.
Faktor calon juga perlu dititikberatkan oleh UMNO Kelantan khasnya dan UMNO Malaysia amnya kerana calon adalah menjadi faktor utama di dalam setiap pilihan raya yang diadakan sebagai contoh sekiranya calon itu tidak digemari oleh masyarakat setempat besar kemungkinan calon tersebut akan kalah, jadi penulis berpandangan UMNO Kelantan dan UMNO Malaysia tidak boleh memandang remeh mengenai faktor calon.
Penulis ingin mengariskan beberapa ciri-ciri yang diperlukan oleh calon Barisan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai antaranya ialah:

- Merupakan seorang yang beriman, kuat beramal dan patuh pada ajaran Allah tuhan seru sekian alam selaras dengan tiang 'alif' yakni agama Islam di dalam perjuangan UMNO.
- Mempunyai sifat seperti Siddiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh
- Apabila membuat janji pastikan dia tunaikan janji itu.
- Perlu selalu turun padang tanpa perlu menunggu kehadiran stesyen tv dulu baru nak turun padang.
- Mengikut kata orang Kelantan calon juga perlu "Mudoh Baso, Sene Kiro".
- Calon juga perlu memperhambakan diri untuk rakyat dan mengurangkan jurang antara rakyat dengan calon contohnya calon boleh berbual bersama-sama rakyat di kedai-kedai kopi.
- Calon juga perlu 'low profile'
- Calon juga perlu adil dan menghapuskan unsur 'kronisme' di dalam pembahagian dan pengagihan bantuan.
Itulah antara ciri-ciri yang patut ada pada sesusuk tubuh Calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai. Semoga ia mampu menarik minat pengundi Manik Urai. Diharapkan pengundi Manik Urai berani berubah.
Akhirkata penulis ingin menyampaikan pantun empat kerat pada pengundi-pengundi DUN Manik Urai agar mereka membuat pilihan yang tepat.
Dulu ADUN PAS
Sekarang Pilihlah Calon BN
Dulu Manik Urai diwakili PAS
Sekarang Acu Try Sekali BN
Fikir-fikirkanlah....

No comments:
Post a Comment