Bilangan Pengunjung:

Friday, June 12, 2009

Nik Aziz Marah Arahan Tutup Mulut...


PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia

Isu 'Kerajaan Perpaduan' yang dicadangkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum 'Muktamar PAS' itu kini semakin 'panas' selepas Muktamar PAS itu melabuhkan tirainya. Isu yang turut menjadi 'bahan jajaan' Media Arus Perdana ini dilihat semakin membimbangkan apabila Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Mursyidul Am PAS mempersoalkan 'arahan tutup mulut' yang dikeluarkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat yang kini merupakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sepertimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

'Kerajaan Perpaduan' ini semakin hangat diperkatakan hingga kini dan menimbulkan 'perang mulut' antara Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dengan Mursyidul Am PAS. Nampaknya Mursyidul Am PAS ini tidak menjalankan tugasnya sebagai Mursyidul Am PAS yang baik kerana ternyata kenyataan beliau berpihak kepada sebelah pihak yakni pihak yang tewas pada pemilihan semasa Muktamar Parti tersebut yang juga dikenali sebagai 'Endorgan' yang diketuai oleh Hussam Musa.

Penulis telah membuat sedikit analisis psikologi daripada kenyataan Mursyidul Am PAS itu, daripada kenyataan beliau berbaur emosional tersebut sedikit-sebanyak penulis membayangkan bahawa beliau telah dipengaruhi tambahan pula Ketua Endorgan PAS itu merupakan 'anak emas' beliau dan antara orang yang berkemungkinan akan diperturunkan kuasa sebagai Menteri Besar ke atas 'anak emasnya' itu.

Sementara itu, Ketua Endorgan PAS juga merupakan seorang yang berupaya untuk mempengaruhi orang untuk mengikut telunjuknya (maksud penulis orang yang rapat denganya). Besar kemungkinan beliau sudah berjaya mempengaruhi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk mengikut telunjuknya demi mencapai cita-citanya untuk menjadikan PAS lebih liberal. Fikir-fikirkanlah....


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin