Bilangan Pengunjung:

Thursday, June 11, 2009

Mencari Kelebihan Lebih Baik Dari Mencari Kelemahan...


Artikel penulis kali ini bertajuk "Mencari Kelebihan Lebih Baik Dari Mencari Kelemahan". Lazimnya dalam arena politik tahun-tahun sebelum ini kebanyakkan parti politik akan mencari kelemahan parti lawan dan cuba menonjolkan kelebihan dan menutup kelemahan parti masing-masing. Itulah antara cara berpolitik konvesional yang digunakan oleh parti-parti politik di Malaysia.

Hari ini waktu sudah merentas masa, zaman pun sudah berubah, duniapun sudah maju penulis merasakan strategi "Mencari Kelemahan Lawan, Menonjolkan Kelebihan Sesebuah parti" sudah tidak lagi sesuai digunakan untuk zaman sekarang ini.

Parti-parti politik di Malaysia perlu berubah daripada strategi tersebut kepada strategi "Mencari Kelebihan Lawan, Memperbaiki Kelemahan Parti berdasarkan kelebihan lawan". Sebagai sebuah parti politik kita tidak boleh terlalu angkuh dengan kelebihan yang ada pada parti kita dan kelemahan yang ada pada parti lawan.

Sebagai contoh Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai akan dijalankan tak lama lagi, berkemungkinan akan berlaku pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), BN boleh menggunakan pendekatan mencari kelebihan PAS dan mempelajari daripada kelebihan-kelebihan yang ada pada PAS untuk memantapkan BN di Manik Urai, usahlah mencari kelemahan PAS dan diheboh-hebohkan kelemahan PAS di samping menutup kelemahan BN untuk memenangi hati rakyat kerana perbuatan ini umpama menyembunyikan sampah di bawah karpet, walaupun tak nampak tetapi orang akan menjumpai juga secara tidak sengaja. Jadi fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin