Bilangan Pengunjung:

Monday, June 29, 2009

Warna-Warni Politik Malaysia...




POLITIK MALAYSIA penuh dengan berwarna-warni ditambah pula dengan kehadiran istilah-istilah Arab yang dimelayukan seperti Muzakarah, Muqabalah dan terbaru Mujadalah jangan lepas ni 'mu nok baloh' pulak keluar....Pentas politik tanah air dipenuhi dengan aneka ragam bentuk politik.

Ada yang menggunakan pendekatan 'Political Animal' yang setiap masa ingin membaham mangsa walaupun kadang-kadang ada kelemahan di dalam si "Political Animal" itu. Kamus bahasa politik di Malaysia pun bertambah dari hari ke hari.

Kehadiran istilah arab yang dimelayukan seperti Muzakarah, Muqabalah dan terbaru Mujadalah datangnya juga mewarnai pentas politik tanah air. Istilah-istilah Arab itu dipopularkan oleh PAS mungkin kerana ingin menonjolkan mereka 'lebih Islam' dari yang lain.

Penulis ingin komen sedikit berhubung dengan cadangan Nik Aziz untuk bermujadalah dengan Najib untuk menyelesaikan kemelut antara PAS-UMNO yang berlarutan hingga kini. Penulis menyokong kenyataan Menteri Penerangan yakni Dr. Rais Yatim yang Mujadalah ini hanya membuang masa. Penulis berpendapat demikian kerana sudah ada jalan penyelesaian yang lebih mudah kenapa memilih jalan penyelesaian yang susah dan berkemungkinan masalah itu tidak akan menemukan jalan penyelesaian tetapi akan merumitkan lagi keadaan.

Sekiranya perdebatan ini diadakan sudah tahu siapa yang dapat untungnya sudah tentulah PAS. Tambahan pula orang yang tak buat kerja mengkritik orang yang sedang bekerja sudah tentu nampak banyak kesilapan yang dibuat oleh si rajin buat kerja. Penulis memberi contoh sekiranya anda menjadi penonton permainan bola sepak sudah tentu banyak perkara anda akan kritik terhadap pemain tersebut, cuba anda jadi pemain bola sudah tentu anda tidak akan sedar kesilapan diri sendiri.

Mungkin Juga kemenangan besar PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum yang lalu membuatkan TG Nik Aziz mengalami 'perubahan mendadak' dari seorang Ulama' tidak seagresif Haji Hadi kini sudah menjadi seorang Ulama' yang lebih Agresif dari Haji Hadi malah Haji Hadi pula dilihat 'kurang agresif' berbanding dulu. Jadi kesimpulanya rakyat perlu memberi peringatan kepadanya kerana tangan rakyat boleh mengubah 'perangainya' terjemahkanya di Manek Urai terlebih dahulu.

Akhir kalam tak sah kalau artikel penulis tidak diakhiri dengan mutiara kata. Jadi kali ini penulis ingin mengemukakan mutiara kata yang berbunyi "Jika ada jalan yang baik mengapa jalan yang susah dicari, mencari jalan yang susah walhal sudah tersedia jalan yang senang umpama mencari kejahatan, pilih jalan yang baik umpama mencari kebenaran" Jadi Allah Tuhan seru sekian alam kurniakan akal fikiran untuk berfikir jadi fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin