Bilangan Pengunjung:

Thursday, June 25, 2009

Jangan Ikut Perangai Budak-Budak....


Penulis hari ini ingin menegur tindakan Pemuda UMNO Kelantan yang membuat laporan polis berhubung kenyataan MB Kelantan yakni Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berbunyi "Perjuangan UMNO sama ajaran sesat Ayah Pin dan juga komunis". Laporan Polis itu dibuat di Balai Polis Kota Bharu pada 10:30pagi tadi yang diiringi oleh 100 orang penyokong UMNO.
{Sila Rujuk ARTIKEL INI}

{ARTIKEL INI juga boleh dirujuk}

Tindakan yang diambil oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan (Anuar Safian) itu Penulis boleh sifatkan sebagai tidak cerdik, seolah-olah mereka terikut-ikut dengan perangai budak-budak (Teringat kembali zaman kanak-kanak penulis yang pada waktu itu apabila rakan penulis pada masa itu dibuli lalu dan menangis dan apa yang dia cakap ialah "Aku.....oyakkkkk ko ayoh aku mung....huhhuuhuu..ssss" sambil menangis teresak-esak yang bermaksud rakan penulis itu akan cakap atau dengan kata lain melaporkan bahawa dia dibuli kepada ayahnya.

Sepatutnya Anuar Safian tidak perlu membuat laporan Polis kerana Polis banyak lagi kes yang perlu diselesaikan, tindakan ini bukan sahaja menambahkan tugas Polis, malah seolah-olah menjadikan Balai Polis sebagai "Pusat Buangan Laporan" yang hampir sama dengan Tapak Perlupusan Sampah. Cukuplah berpolitik cara budak-budak.

Apa yang perlu ialah Anuar Safian membuat respons daripada kenyataan demikian dengan cara berhemah dan agak berbudi bahasa contohnya "Tak Apalah dia nak kata apa pun, sesungguhnya Azab neraka itu amatlah pedih". Lagipun antara enam golongan yang masuk neraka tanpa hisab ialah orang yang berilmu tetapi suka berbalah. Tak payah nak melapor-lapor ini membuang masa je, tambahan pula sekiranya Nik Aziz berjaya di dakwa sekalipun PR akan memanipulasikanya dan menjadikanya sebagai satu kezaliman kepada "Kerajaan Persekutuan In Waiting". Biar mereka diadili di Padang Masyar kerana Allah Tuhan seru Sekian Alam Maha Adil.

Akhir kalam seperti biasa penulis akhiri dengan kata-kata mutiara yang berbunyi "Walaupun betapanya sakit hati kita orang kata kat kita tetapi sabarlah dan kalau boleh cubalah ikut cara sahabat nabi, selagi orang berkata selagi tulah beliau memberi buah tangan kerana persengketaan bukanlah jalan perdamaian"
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin