Bilangan Pengunjung:

Tuesday, June 9, 2009

Dua Mazhab Dalam PAS...

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

PAS singkatan daripada Parti Islam SeMalaysia sebuah parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia dan apa yang paling menarik iaitu teraju kepimpinan parti ini diketuai oleh Ulama'. Parti ini sudah bertahun-tahun berjuang untuk menegakkan negara Islam dan Melaksanakan Undang-Undang Hudud & Qisas yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Baru-baru ini PAS baru sahaja selesai melaksanakan Muktamar Agung Parti tersebut. Pada Muktamar tersebut berlaku pemilihan pemimpin-pemimpin untuk menjadi nakhoda yang mampu memecut PAS jauh ke hadapan.

Muktamar PAS kali ini sungguh menarik, penuh dengan dramatik dan bermacam-macam lagi tik. Ada juga yang tak tahu menari disalahkan tanah tinggi rendah. (Jangan salah faham, bukan menari yang macam Anwar Ibrahim selalu buat tu, ini hanyalah satu kata peribahasa). Apa yang dimaksudkan penulis ada orang yang kalah dalam pertandingan menyalahkan keadaan dan pihak tertentu berkenaan kekalahan dirinya dan bukanya nak cermin diri sendiri tapi asyik nak selak kain orang aje.

Daripada analisa keputusan pemilihan di Muktamar PAS penulis mendapati sekarang ini PAS sudah mempunyai dua mazhab dan kedua-dua mazhab ini ada pengikut masing-masing. Mazhab yang pertama ialah Mazhab Pro Ulama' yang dinaungi oleh ulama-ulama dan Mazhab kedua ialah Mazhab Endorgan yang diketuai oleh Hussam Musa (Ketua Mazhab Endorgan PAS) + seorang yang dikategorikan ulama tetapi tersalah naik Bahtera Endorgan yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan dan meletakkan Ketua Mazhab Endorgan PAS sebagai orang harapanya dan mungkin akan mewarisi kepimpinan beliau di Kelantan.

Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya satu kapal mempunyai dua nakhoda, seorang nak ke kanan, seorang pulak nak ke kiri. Adakah kapal itu akan tiba ke destinasi dengan selamat ataupun bakal menerima nasib seberti kapal SS Titanic? Anda semua dikurniakan akal fikiran oleh Allah tuhan seru sekian alam, tiada guna ada akal fikiran tetapi anda tidak berfikir jadi anda fikirlah sendiri.

Kalau kita lihat kempen yang dijalankan oleh Ketua Mazhab Endorgan PAS memang hebat dan tersangatlah hebat bagai Perang Salib. Namun mungkin juga Allah tuhan seru sekian Alam tidak merestui ahli PAS yang bermazhab Endorgan dan berstatus parasit ini menjadi pemimpin di dalam PAS.

PAS perlu berbuat sesuatu agar kewujudan dua mazhab di dalam PAS ini tidak akan memberi mudarat kepada PAS satu hari kelak, Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13 menjelma, PAS kena menghadapi satu pilihan raya kecil di DUN Manik Urai, sekiranya keadaan begini berterusan ia akan memberi impak negatif pada PAS. Fikir-fikirkanlah...


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin