Bilangan Pengunjung:

Sunday, June 7, 2009

Berakhirnya Karier Anak Musa....


Muktamar tahunan PAS sudahpun melabuhkan tirainya, calon-calon yang bertanding untuk jawatan-jawatan di dalam PAS yang dipertandingkan sudah diketahui siapa pemenangnya. Paling menarik dan hangat pada Muktamar PAS kali ini ialah kedudukan kerusi Timbalan Presiden PAS yang boleh dikatakan 'kerusi panas' semasa Muktamar dijalankan.

Bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS tiga orang dicalonkan untuk merebut 'kerusi panas' tersebut. Calon-calonya ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Mat Sabu dan Juga Hussam Musa. Lebih menghangatkan lagi pertandingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS ialah 'perlumbaan dua kelompok besar di dalam PAS' iaitu kelompok kepimpinan Ulama' yang diketuai DS Abdul Hadi Awang dan bergandingan bersama Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan juga kelompok kepimpinan Endorgan yang cuba menjadikan PAS parti liberal yang diketuai Hussam Musa.

Penulis ingin membawa kembali kenangan lalu yang berlaku semasa dua kelompok besar ini berkempen untuk memenangi hati para perwakilan. Kumpulan Endorgan yang diketuai Hussam Musa kelihatan lebih 'agresif' menjalankan kempen untuk merebut jawatan no 2 di dalam PAS itu, Ustaz Nasharuddin popularitinya 'tenggelam' sewaktu kumpulan Endorgan mengadakan kempen yang agresif. Namun nasib nampaknya lebih menyebelahi Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan mungkin juga Allah tuhan seru sekian alam tidak merestui Hussam Musa menjadi antara tonggak utama PAS.

Dengan kekalahan yang memalukan itu, penulis membayangkan karier politik anak musa ini akan berakhir sampai di sini dan cita-cita untuk beliau menjadi MB bagi mengantikan TG Nik Aziz juga akan hanya tinggal cita-cita umpama debu-debu berterbangan ditiup angin. Dengan sekarang anak Musa ini hanyalah Ketua PAS Kawasan Kubang Kerian, pemimpin kedua kerdil di dalam PAS, besar kemungkinan populari dan aura Hussam Musa akan hilang begitu sahaja.

Kalau kita imbas kembali kempen yang dibuat oleh anak Musa ini memang agresif sehinggakan ada penulis blog berperang untuk mempertahankan beliau, agar beliau terus dilihat 'putih bersih' sampai bila-bila, dan di satu pihak lagi mengatakan bahawa anak Musa ini sudah dilihat seolah-olah baju putih yang terpalit selut di sana-sini dan akhirnya orang yang mengatakan Anak Musa ini umpama baju putih yang terpalit selut di sana sini mencapai kemenanganya apabila Ustaz Nasharuddin Mat Isa kekal Timbalan Presiden PAS untuk penggal kedua berturut-turut. Itulah kisahnya berakhirnya karier politik anak Musa.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin