Bilangan Pengunjung:

Saturday, June 20, 2009

Akhirnya Nik Aziz Mengaku Emosional...

Isu Kerajaan Perpaduan yang membawa kepada pertikaian di antara Mursyidul Am PAS dan juga Timbalan Presiden PAS membawa kepada pengakuan Mursyidul Am PAS itu yang berkata beliau mengaku bahawa kenyataan yang dikeluarkanya di Kota Bharu terhadap Timbalan Presiden PAS iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa kerana terlalu ikutkan perasaan marah atau dalam kata lain 'emosional'.

Isu Kerajaan Perpaduan juga mendapat tentangan daripada sepuluh Ahli Parlimen PAS dan menolak idea kerajaan perpaduan ini dengan membuat kenyataan bersama baru-baru ini. Paling kesemua ahli parlimen ini adalah yang berwalikan Anwar Ibrahim atau dengan kata lain "Stealth Soldier" Anwar Ibrahim.

10 Ahli Parlimen ini boleh dianggap virus yang dihantar kepada PAS untuk memastikan PAS terus mengikut telunjuknya sampai bila-bila demi merealisasikan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri dan membolot kekayaan negara itulah sebenarnya apa yang cuba diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim, perjuangan untuk rakyat yang kononya Anwar Ibrahim itu perjuangkan itu hanyalah sekadar topeng untuk menutup impian peribadinya.

Penulis tetap berpegang kepada "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh" kerana jika kita tidak bersatu ia akan mendatangkan bahaya pada kita, akan ada orang yang ketiga yang cuba "menangguk di air yang keruh" kerana kita tidak bersatu, mereka akan menuntut macam-macam perkara yang tidak masuk akal sekiranya tidak bersatu.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Sayuti Omar di Blog Merah Tinta MSO yang boleh diikuti dengan KLIK DISINI. Kata-kata mutiara untuk kali ini ialah "Setinggi mana kita berada walau sehebat manapun kita akan jatuh ke bawah juga" Jadi Fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

bro brotherhood, said...

As-Salam bro Yiemega,..heheh,..apo nak dikato,..nampak nya berjaya gak TG Hadi 'flush out' org bro AnWar,. skang dh tau sapa yg support Uncle Nik Aziz ni adalah puppet bro AnWar,.. apa agak nya sbb Uncle Nik Aziz support bro AnWar n PR ni ehh,..heheh,.. dgr bisik2 kata Bro AnWar nak tolong bebaskan Nik Adzli dari ISA n bimbing dia jd politikus untk brsama2 mentadbir negara sekiranya bro AnWar jd PM,..betul ke bisik2 konspirasi ni,..heheh,..wat else can I say,..(,")

Blog Widget by LinkWithin