Bilangan Pengunjung:

Saturday, June 6, 2009

Tahniah Ustaz Nasharuddin Mat Isa


Muktamar PAS Pusat yang baru sahaja selesai dilansungkan menyaksikan pertarungan golongan Endorgan dengan Pro Ulama' nampaknya berpihak kepada Pro Ulama' apabila penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah berjaya mengekalkan jawatan yang disandangnya sekaligus mengenepikan Hussam Musa (yang dikaitkan dengan Endorgan di dalam PAS) dan Mat Sabu (yang pernah ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan).

Kumpulan Pro Ulama' di dalam PAS bolehlah menarik nafas lega apabila kumpulan Endorgan tidak berjaya untuk menguasai pucuk pimpinan tertinggi sebuah parti yang berjuangan berlandaskan Islam tersebut. Ternyata pengaruh kepimpinan Ulama' masih utuh di dalam PAS. Kumpulan Endorgan pulak terpaksa menanggung malu akibat kekalahan kumpulan mereka, inilah yang dikatakan politik.

Sebelum penulis berbicara panjang lebar lagi, penulis ingin memberi kalungan tahniah kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa kerana berjaya mempertahankan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS dan penulis ingin berpesan kepada ustaz jalankanlah tugasan anda dengan penuh hikmah yakni bijaksana dan berlandaskan Siddiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh demi menegakkan syiar Islam di Malaysia bumi tercinta.

Kemenangan Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan membawa kepada usaha-usaha untuk menyatupadukan umat-umat Islam di Malaysia akan menjadi lebih mudah dan akan melengkapkan usaha-usaha menegakkan syiar Islam di Malaysia. Ustaz Nasharuddin juga perlu menggalas tanggungjawab berat untuk membersihkan "ahli-ahli Pas berfikiran ortodoks" di dalam PAS. Kerana golongan inilah yang paling kuat mengamalkan perpecahan di kalangan umat Islam seperti sembahyang di Masjid Hijau tidak di Masjid kerajaan.
Reblog this post [with Zemanta]

3 comments:

Anonymous said...

Hangpa lah penyebab orang lari dari Islam. Hangpa tak kenal orang Islam dari Hantu memperalatkan Islam.

Hangpa jawab lah kemudian.

You are plain stupid.

Orang Islam tak berparti.

Anonymous said...

ma'mun be-end sepatutnya lebih mesra dengan jemaah PAS.. baru boleh bersatu walau idealogi berbeza.. terbuka menerima pandangan dan bertolak ansur.. masjid HIJAU tak menjadi isu.. masjid BIRU isunya...

Qullilhaq said...

kenapa la sempit sgt pemikiran kite ni..kenapa islam tidak boleh berpolitik??islam itu sendiri ialah politik..sebelum memberi komen cubala dalami dulu ilmu sebanyak mungkin..

Blog Widget by LinkWithin