Bilangan Pengunjung:

Thursday, June 4, 2009

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com



Video Kempen Untuk Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat pemakluman bahawa penulis telah menyertai Pilihan Raya untuk Memilih Chief Talk untuk Tune Talk.com. Dengan penyertaan itu bermakna penulis adalah calon untuk Pilihan Raya tersebut.

Penulis meminta jasa baik pengunjung-pengujung blog Suara Generasi Muda Malaysia untuk mengundi penulis sebagai Chief Talk Tune Talk.com. Penulis amat mengalu-alukan kerjasama pembaca-pembaca sekalian.

Bagi memudahkan pihak pembaca Suara Generasi Muda Malaysia penulis telah menggariskan beberapa manifesto penulis untuk memenangi Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com:
Manifesto Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com Penulis:
  1. Mendermakan seberapa banyak komputer untuk kegunaan anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yang terpilih.
  2. Membuat seberapa banyak program pendedahan Teknologi Maklumat kepada anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yang terpilih.
  3. Melaksanakan Program untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak yatim seperti program motivasi, kem jati diri dan seumpama denganya.
  4. Membuat sumbangan kepada beberapa orang anak yatim yang tidak tinggal di rumah anak yatim dan keluarganya kurang berkemampuan.
  5. Mengembalikan anak-anak yatim yang tercicir dari Pelajaran kerana desakkan hidup ke alam persekolahan dengan bantuan kewangan daripada penulis.
  6. Memberi perhatian khusus kepada anak-anak yatim yang bersekolah di sekolah harian biasa untuk mempertingkan prestasi pencapaian akademik mereka.
  7. Membantu keluarga-keluarga anak yatim dengan bantuan yang sewajarnya dan lebih kepada 'memberi pancing' dan bukanya 'memberi ikan' sebagaimana yang selalu dibuat oleh orang sebelum ini.
"UNDILAH SAYA UNTUK KEBAJIKAN"
"SATU UNDI UNTUK ANAK YATIM"
Reblog this post [with Zemanta]

3 comments:

MUZRI said...

Saya Akan Undi Anda... Semoga Berjaya..

Ingin Memenangi Wang Tunai RM10,000 & Rm50,000?. Ganjaran mingguan bernilai RM200 setiap minggu selama 8 minggu menjadi rebutan. Menangi evoucher AirAsia untuk percutian idaman anda. PERADUAN Anjuran TuneTalk Sdn Bhd (TTSB). Rebutlah Peluang di http://peraduan.penulisan2u.net

Penulisan2u said...

Saya Undi anda... program yang bagus untuk membantu anak yatim.. daripada penilaian peserta lain.. andalah yang menampakkan kebajikan, wang di salurkan kepada yang memerlukan.. bukan untuk diri sendiri seperti peserta2 lain... Good Luck

shah said...

jom buktikan kuasa pemuda! dalam forum kita .. http://fasilitator.forumotion.net/

Blog Widget by LinkWithin