Bilangan Pengunjung:

Tuesday, May 6, 2008

Perpecahan Melayu Angkara Siapa?

Dewasa ini halwa telinga kita sering kali diperdengarkan dengan isu perpaduan Melayu sehinggakan timbul polemik siapa yang menjadi punca perpecahan Melayu. Penulis Blog Merah Tinta MSO iaitu Mohd Sayuti Omar yang turut dikenali dengan nama MSO mendakwa UMNO menjadi punca kepada perpecahan Melayu yang semakin lama semakin parah umpama kanser yang sedang menyerang sel-sel yang ada di dalam tubuh manusia dan menunggu masa sahaja untuk rebah menyembah bumi dan dikuburkan di dalam perut bumi.

Penulis tidak bersetuju dengan pandangan MSO tersebut kerana pada pandangan penulis bukan UMNO yang menjadi punca pepercahan Melayu, sebaliknya PAS yang menjadi punca perpecahan Melayu. Kenapa penulis berpendapat demikian rupa? Mudah sahaja penulis akan senaraikan fakta-fakta yang membuktikan PAS menjadi punca perpecahan Melayu.

Fakta pertama ialah pemulauan orang UMNO oleh orang PAS yang ada di antaranya memutuskan hubungan silaturrahim semata-mata kerana berbeza ideologi politik. Perkara ini memang berlaku dan bukan rekaan. Ini menyebabkan orang UMNO akan merasa tersisih dan dipinggirkan terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai penyokong PAS.

Fakta kedua pula ialah keenganan orang PAS menjadi makmum kepada Imam di kalangan orang UMNO mereka tidak akan pergi solat sekiranya Imam di kalangan orang UMNO menjadi Imam di sesebuah masjid. Secara tidak langsung usaha untuk mengimarahkan masjid gagal kerana penyokong PAS lebih suka mengimarahkan Madrasah yang digelar 'Kelab PAS' oleh penduduk setempat.

Fakta Ketiga ahli PAS memulaukan Masjid sewaktu sembahyang Jumaat seperti yang berlaku di Besut, Terengganu pada suatu masa dahulu mereka tidak bersolat Jumaat di Masjid-masjid Kerajaan sehinggalah PAS menang di Terengganu pada tahun 1999, namun selepas PAS gagal mempertahankan kedudukannya sebagai Parti Pemerintah di Terengganu pada 2004, masalah ini kembali menjelma sehinggakan ada penyokong-penyokong mereka sanggup menunaikan Solat Jumaat di Kelantan semata-mata kerana berbeza ideologi politik.

Fakta keempat ahli PAS memulaukan majlis perkahwinan yang diadakan oleh orang UMNO dan mereka tidak akan pergi majlis perkahwinan orang-orang UMNO, kalaupun mereka pergi mereka sekadar memakan acar dan meminum air sahaja ataupun sekadar 'tunjuk muka'. Mereka menganggap orang Melayu UMNO ini adalah musuh utama mereka dan DAP bukanlah musuh mereka tetapi rakan baik mereka malah lebih baik daripada UMNO.

Fakta kelima ahli PAS tidak akan menggunakan khidmat jurunikah yang dicop sebagai 'jurunikah UMNO' mereka sanggup mencari jurunikah yang sama ideologi politik bagi melangsungkan perkahwinan anak-anak mereka walaupun jurunikah tersebut duduk beribu batu daripada tempat mereka.

Fakta Keenam pemulauan atau sekatan ekonomi yang dijalankan oleh ahli-ahli PAS terhadap peniaga-peniaga yang menyokong UMNO. Mereka sanggup kempen supaya jangan beli apa-apa dari kedai tersebut dan sebaliknya mencadangkan supaya mereka yang ingin membeli di kedai itu supaya membeli di kedai Cina.

Kesimpulanya jelas sekali yang menjadi punca kepada perpecahan Melayu adalah PAS bukan UMNO seperti yang dicanangkan oleh penulis blog yang bergelar MSO itu, Keenam fakta ini penulis rasa sudah cukup untuk membuktikan bahawa PAS menjadi punca kepada perpecahan Melayu. Sekiranya ada maklumat terbaru penulis akan kemaskinikan dari masa ke semasa.

2 comments:

Anonymous said...

PAS? You must be another UMNO-kiss-asser. Hati dan minda masih tertutup walaupun bukti sebesar gajah didepan mata.

Bila UMNO kalah, maka perpecahan Melayu berlaku. Jadi, Melayu yang tidak berpecah,ialah Melayu yang undi UMNO.

Politik kampungan apakah ini? Sudahlah, ini zaman kejatuhan UMNO, akhirnya UMNO akan pupus. Pilihanraya akan datang, Johor pula akan tumbang.

Isi borang PAS atau Keadilan cepat2 la, cukuplah jadi 'barua' atau 'anjing' UMNO. Orang akademik pun boleh dikudakan oleh UMNO, gila kuasa.

Anonymous said...

saya sokong apa yang dikatakan oleh penulis.sebelum pru12 dulu haji hadi awang ada berkata,kalau pas`menang mereka tidak akan berkongsi kuasa dengan umno, lebih baik pas`berkongsi kuasa dengan dap yang kafir harbi.dan satu lagi perpecahan melayu adalah disebabkan oleh satu manusia melayu yang gilakan kuasa untuk menjadi perdana menteri, malaysia. biar melayu hancur asalkan cita citanya tercapai.akhirnya nanti menang sorak negara tergadai. Allah hu akhbar, selamatkan orang melayu ini. amin.

Blog Widget by LinkWithin