Bilangan Pengunjung:

Sunday, May 25, 2008

Zaid Ibrahim Umpama Jet Pejuang Dari Tapak Perlupusan Sampah

Kebelakangan ini kita sering mendengar berita yang Keluar mengenai seorang bekas ahli Parlimen dari Kelantan yang sebelum ini terbuang bagaikan sampah semasa Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini. Namun, apabila sampah ini dikutip oleh Abdullah Haji Ahmad dia bertukar menjadi jet pejuang baru kepada Abdullah Haji Ahmad selepas dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui Jalan Belakang (di lantik Senator) tanpa perlu berhadapan dengan Pilihan Raya memang pengecut jet pejuang ini maklumlah Jet Pejuang yang di ambil dari tapak perlupusan sampah.

Akhir-Akhir ini Jet Pejuang dari tapak Perlupusan Sampah ini yang menjadi senjata kepada Ayah Lah Presiden Parti Abdullah Haji Ahmad. Kerap kali mengeluarkan peluru dan mensasarkan ke arah Tun Dr. Mahathir dan sesiapa sahaja yang mengkritik Presiden Ayah Lah yang beliau selalu cium kaki selepas dilantik menjadi Pembantu Ayah Lah dan bertanggungjawab menjaga hal ehwal undang-undang dan menggunakan undang-undang untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mengkritik Ayah Lah yang beliau selalu cium kaki. Sedangkan beliau sendiri pun terlibat dengan Politik Wang.

Terbaru pula melihat kenyataan Jet Perjuang Ayah Lah yang bernama Zaid Ibrahim ini membuat kenyataan disiarkan oleh Sinar Harian yang beliau mahu UMNO/BN bertindak tegas kepada sesiapa sahaja yang mengkritik kepimpinan Ayah Lah Presiden sebuah parti yang dahulunya dikenali sebagai Parti UMNO dan sekarang lebih dikenali sebagai Parti Abdullah Haji Ahmad. Zaid Ibrahim ni tak habis-habis nak buat orang marah, Bakpo demo ingat Ayah Lah tu malaikat ko, Nabi ko, maksum ko? Ingat kita ni Parti UMNO bukan Parti Kerajaan Langit pimpinan Ayah Pin tu. Janganlah jadikan sebuah organisasi yang berdiri teguh di atas platform 'demokrasi' dengan demokrasi pada nama sahaja, ingat di dalam Parti ahli yang berkuasa, samalah peniaga dan pelanggan sudah tentu pelanggan yang berkuasa dan perlu ingat ahli Parti adalah Pelanggan kepada UMNO jadi ingatlah kepada Moto yang sering digunakan oleh peniaga "Pelanggan sentiasa betul" jadi apa hak anda untuk menyekat kebebasan Pelanggan adakah anda mahu Pelanggan ini lari? Jika mahu teruskanlah gesaan anda untuk menukar UMNO menjadi Parti Abdullah Haji Ahmad.

Penulis tidak sedikitpun menghormati anda selaku Jet Pejuang yang dikutip daripada Tapak Perlupusan Sampah-Sarah yang akan terhempas bila-bila masa daripada sekarang daripada mula anda dilantik sehinggalah ke hari ini dan pastinya sampai tahun-tahun yang mendatang kerana anda telah mencemarkan maruah orang Kelantan. Penulis ingat lagi usaha anda menyaman Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Terengganu kerana ingin melaksanakan undang-undang Islam ala PAS telah dijadikan modal oleh PAS mengatakan UMNO ini menentang hudud, walaupun penulis tidak bersetuju dengan undang-undang Islam ala PAS ini kerana ia tidak sama dengan undang-undang hudud yang sebenar namun tidaklah sampai ingin menyaman. Apa yang UMNO dapat daripada 'tahi' yang anda berak telah membuatkan orang kampung kata UMNO ni tolak hudud. Sampai sekarang tahi yang anda buat tidak dapat dibersihkan lagi dan masih terpalit di sana-sini. Puas hati anda wahai jet pejuang daripada Tapak Perlupusan sampah sarap.

1 comment:

Anonymous said...

kelakarnya........ betul jugak!! kena kutip kha kha kha kha

Blog Widget by LinkWithin