Bilangan Pengunjung:

Monday, May 5, 2008

Kelab Peminat Tengku Razaleigh Bakal Dilancar

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah mengatakan Kelab Penyokong Tengku Razaleigh Bakal dilancarkan pada pertengahan bulan ini. Ahmad Fatmi Muhamad Amin merupakan penggerak utama kelab ini, jawatankuasa penaja sedang dalam proses pendaftaran kelab tersebut dan akan dilakukan secepat mungkin. Jawatankuasa Penaja sedang dalam proses terakhir menyiapkan draf terakhir perlembagaan Kelab.

Pada masa ini KPTR sedang berusaha membangunkan sebuah laman web untuk kegunaan KPTR agar rakyat Malaysia boleh mendapatkan perkembangan terkini mengenai Tengku Razaleigh Hamzah di laman web tersebut.

Perancangan yang telah dibuat oleh KPTR ialah promosi untuk menarik perhatian ialah jualan Baju T dan Topi, Kelab ini juga mencetak 2,500 DVD Ucapan Tengku Razaleigh di dalam Mesyuarat Agung Khas UMNO Bahagian Gua Musang baru-baru ini yang berharga RM10 sekeping. Kelab ini juga akan menggunakan slogan "Demi Negara". Tujuan kelab ini ditubuhkan ialah untuk memperkenalkan Tengku Razaleigh sebagai wakil rakyat yang berkebolehan untuk memimpin negara.

1 comment:

Anonymous said...

Lihat betapa kroniknya masaalah ketokohan dan kepimpinan dalam UMNO. 'Dinosaur' yang dah nak sampai akhir hayatnya dipanggil balik untuk memimpin UMNO.

Blog Widget by LinkWithin